
31 August 2010
Maintaining Top Is More Important

24 August 2010
Sorry John Terry

Juta-juta well spent. Tertakluk game tertentu sahaja.
16 August 2010
Berita 1st Eleven dan rebiu game Chelsea
Bersempena bulan mulia bulan Ramadhan al Mubarak ini, pihak 1st Eleven ingin mengucapkan Selamat Berpuasa seterusnya selamat berbuka, berterawih, bermorey dan bersahur buat semua pembaca yang beragama Islam.

10 August 2010
Demam EPL dtg balik
04 April 2010
Manu 0 - 1 Chelsea

28 March 2010
21 January 2010
Santapan rohani
29 December 2009
Double Rebiu : Chelsea vs Birming/ful-ham


21 December 2009
West Ham vs Chelsea, seri lagi buat Zola tersayang

14 December 2009
Rebiu : Chelsea vs Everton

- Gol sendiri oleh Petr Cech. Analisa : Bukanlah sebenar-benarnya kesilapan Petr Cech. Sepakan percuma tu elok-elok saja ditanduk Saha, lantas ke tiang dan pantul ke badan Petr Cech lalu bergolek ke dalam gol. Siapa salah : Petr Cech? Pada aku tidak, tetapi sepakan percuma Baines yang agak mantap juga dan kegagalan pemain Chelsea menanduk, akhirnya, nasib tidak menyebelahi Petr Cech lalu gol sendiri.
- Gol Yakubu. Analisa : Lontaran ke dalam dari kiri, Ivanovic, Terry dan Carvalho macam tunggul menunggu. Siapa salah : Semua pertahanan dan sedikit nasib dan semestinya Petr Cech tak mampu berbuat apa-apa. Ivanovic terlepas, Terry tak mampu nak clear dan Carvalho pulak terbaring tengah-tengah. Kesimpulan, lalai dan leka.
- Gol Saha. Analisa : Gol yang nasib saja. Sepakan percuma yang langsung tidak berbahaya. Seharusnya tangkapan rutin Petr Cech. Siapa salah : Kesemua pemain Chelsea. Petr Cech sepatutnya berkomunikasi lebih lantang. Hairan bagaimana Drogba dan Cech boleh berselisihan faham, siapa yang clear siapa yang tangkap. Langsung tiada komunikasi antara pemain. Situasi bolos seperti ini sangat menghairankan. Kesimpulan, bolos yang teramat mendukacitakan.
- Drogba meneruskan kesuburan jaringan golnya dengan 2 lagi gol.
- Gandingan bersama Bilal memang berbahaya, Bilal sendiri jaringkan 1 gol.
- Ivanovic assist 2 gol, satu peningkatan yang sangat mengujakan. Walau bagaimanapun kehilangan Bosingwa tetap dirasai.
- Walaupun kehilangan 3 mata, dari kehilangan 2 point lead, Chelsea berjaya menambah 1 mata menjadi 3 point lead. Kredit kepada MU kerana tewas di OT.
- Adakah Petr Cech sudah bukan Cech yang dahulu? Semenjak tengkorak pecah, Cech tidak boleh lagi diharap apabila menghadapi bola-bola tinggi.
- Adakah sudah masanya Hilario ke depan?
- Adakah Chelsea perlukan Akinfeev sekarang?
- MU kalah di OT.0-1, dengan team big 4, Villa.Lega aku. Haha. Elok-elok sama mata, jadi 3 mata di depan.
- Liverpool terus terberak, di tangan team yang kena 3-0 tempohari, Arsenal.1-2.
- Spurs, terus pancit lawan kelab bawah-bawah, kali ini di tangan Wolves.0-1.
- Man City, poyo je lebih, seri balik, dengan Bolton 3-3.
06 December 2009
Rebiu : Man City vs Blues

- Petang tadi, aku meraikan perkahwinan medihebat,author Chelsea, di Bandar Baru Bangi. Selamat pengantin baru buat beliau.
- Bertemu Taufik Latef, author MU di sana, rupa-rupanya rumah beliau hanya berjalan kaki 5 min saja dari rumah bini medihebat.
- Berbual-bual kosong dengan Taufik Latef, sama ada dari cerita bola hinggalah ke cerita medihebat.
- Sambil berbual-bual kosong sempat juga cerita pasal prediction. Tentang MU-West Ham. Aku menyimpulkan sah-sah MU menang, sebab utama Carlton Cole takda. Mengenai ManCity-Chelsea pun aku cakap mau gak kalah, sebab pertama main away dan sebab kedua, ManCity full skuad main.
- Balik ke Banting dalam pukul 4p.m setelah mengucapkan selamat kepada medihebat.
- Sampai rumah, badan letih, aku bantai tidur sampai malam.
- Aku bangun sekitar pukul 9p.m. Tengok tv ada game Pompey-Burnley. Aku takda mood nak tengok game tersebut,terus aku sambung tidur balik.
- Bangun balik sekitar 12a.m. Match MU-West Ham tengah main, MU dah 1-0. Unknown club pula 0-0 dengan Rovers, team hebat yang mampu cium EPL sedangkan unknown club tersebut hanya mampu cium camera tepi padang aje.
- Aku naik bilik, main game sepam dua tunggu match.
- Sedar tak sedar, dah 0-1, Adebayor o.g. Aku tengok kat livescore.com aje.
- Lantas aku turun tengok kat tv. Chelsea main teruk. Pass haram. Man City, taktik pressure often memang sengsara.
- Aku tengok sampai abis 1st half. Terasa nak minum teh o ais limau, aku start motor, pergi ke mamak berhampiran.
- Dekat mamak, time-time camni, ramai pulak budak setan merah tengok live. Sedangkan yang main musuh mereka, Man City. Konpius gak aku.
- Aku perati betul-betul jersey away Chelsea ni, rupa-rupanya bukan belang hitam-kelabu, tapi belang biru tua-biru muda. Lantaklah.
- Tiba-tiba Man City skor. Adebayor tebus malu. Cuma yang aku tak berapa puas hati, sebelum tu terang-terang handball dari Micah Richards.
- Carvalho kena kad kuning. Flying kick clearance,terkena Tevez. Logik sikit kalau nak banding dengan Juliana Evans setan merah tu, terajang Drogba tanpa kad.
- Sepakan percuma, bekas setan merah, Tevez skor. Argh set piece lagi.
- Dan-dan juga setan-setan merah kat mamak melonjak gembira. Diorang ni fan MU ke Man City? Boleh pulak sokong team musuh ya.
- Tiba-tiba dapat penalty. Drogba kena tackle.
- Untuk memastikan 'suwey' jersey away Chelsea berkekalan, Lampard pun turut senang-senang miss penalty.
- Setan merah bergembira lagi. Konpius konpius. Kalau meriam atau uknown club fan takpa juga.
- Serang gila-gila, hampas jua. Wisel Penamat, kekalahan ke-3 musim ini, 2-1 Man City.
- Kalah away lagi. Tinggallah 2 mata lead.
- Janganlah pakai jersi ini lagi.Pakailah yang putih tu.Haha.
- Carvalho, Terry dan Drogba cedera. Ancelotti ayuhlah lakukan sesuatu.
- Chelsea perlu fikirkan taktik apa perlu pakai bila lawan dengan team yang pressure setiap inci padang.
- Kredit pada Man City. Anda berhak.
- MU menang 4-0 dengan West Ham. Gibson lagi.
- Arsenal menang 2-0 dengan Stoke. Fab turut miss penalti.
- Unknown club seri 0-0 dengan Rovers. Cakap je lebih. Haha.
- Villa menang 3-0 dengan Hull. Carew tau pula ambil penalti. Haha.
04 December 2009
Prebiu : Man City vs Chelsea

- Ada yang mengandaikan kegagalan Chelsea adalah ke'suwey'an jersey away Chelsea yang berwarna belang itam kelabu. Saya sendiripun tidak berminat dengan jersey tersebut, adakah ia semakin menguatkan andaian tersebut? Haha mungkin tidak.
- Apa-apa pun Ancelotti pasti telah mengerah otak kenapa Chelsea lemah sedikit di tempat lawan. Berdasarkan post mortem perlawanan yang Chelsea tewas tersebut, saya membuat kesimpulan defend set-piece Chelsea masih longgar. 3 gol yang Chelsea bolos adalah menerusi tandukan, dari Bramble, Dunne dan Collins. Setelah kembali kepada man marking yang sebelum ini zonal marking yang sangatlah hancur di bawah kendalian Scolari yang mana Chelsea mudah-mudah saja bolos, termasuklah kepada Alou Diarra dari Bordeaux, Chelsea telah kembali ke man marking dan kita kembali kukuh pada aspek tersebut. Kelemahan zonal marking ialah sesiapa saja boleh mark sesiapa dan taktik ini juga tidak menggunakan mana-mana pemain untuk menjaga far dan near post menyebabkan seringkali bolos ketika sepakan sudut. Namun walaupun kita telah kembali ke taktik ini, kita masih perlu memperkukuhkannya di mana Dunne dan Collins pun masih mudah-mudah juga menanduk masuk.
- Khabar angin mengatakan Ancelotti tak mahu beli sesiapa. Beliau betul-betul percaya dengan budak-budak Chelsea. Saya juga berasa gembira melihat keyakinan Ancelotti. Tetapi pada hemah saya, Chelsea masih lagi perlukan pemain baru. Untuk tidak membeli sesiapa mungkin Chelsea mampu untuk menampung kehilangan Drogba,Essien,Kalou dan Mikel ketika Africa Cup of Nation nanti kerana ketika itu, jadual Chelsea tidaklah sesukar mana, tetapi untuk menampung 2 musim, sangatlah berisiko tinggi terutama sekali kalau kecederaan menimpa sama ada Drogba, Essien, Cech, Lampard atau Terry. Kalaulah penggantungan itu dapat dikurangkan, nescaya tidaklah perlu Chelsea membeli sesiapa rasanya.
- Kembali kepada perlawanan Ahad ini, Man City sudah 7 perlawanan berturut-turut seri. Ini pastinya membangkitkan lagi semangat Man City untuk menang kerana kecewa. Kepulangan Robinho pasti disambut ceria, ketajaman Bellamy,Tevez dan Adebayor pasti ditagih, apatah lagi, Wright-Phillips dan Bridge akan menentang bekas kelab pasti menambah lagi bara di jiwa.
- Di pihak Chelsea pula, Daniel Sturridge dan Abdul Salam Bilal juga akan menghadapi bekas kelab mereka. Berita gembiranya ialah, Abdul Salam Bilal seringkali akan menjaringkan gol ke atas kelab lamanya seperti Bolton,Liverpool, Arsenal dan Man City sendiri. Diharapkan Abdul Salam Bilal akan menambah koleksinya. 0-1 Chelsea menang tipis.
30 November 2009
Emirates, Chelsea's 2nd home
Buat 2 game berturut-turut menentang skuad meriam dalam EPL, Chelsea menang dengan kelebihan 3 gol. Season lepas semasa di bawah rejim Guus Hiddink, Chelsea menang 4-1. Kali ini di bawah kendalian Ancelotti, menang pulak 3-0. - Kelakar apabila Traore bertembung dengan Drogba, Traore cam spring dia punya pergi..haha.
- Gallas kena wind up dangan Chelsea fans, apabila dorang menyanyi 'You should have stayed at a big club' dan 'You're not captain anymore' .
Chelsea (4-diamond-2): Cech; Ivanovic, Carvalho, Terry (c), A Cole (Ferreira 72); Mikel; Essien, Lampard; J Cole (Deco 67); Anelka, Drogba (Malouda 87).
Scorer Drogba 41, 86, Vermaelen o.g. 44.
Booked Drogba 36, Mikel 70.
Arsenal (4-2-3-1): Almunia; Sagna, Gallas, Vermaelen, Traoré; Song (Walcott h-t), Denilson; Arshavin, Fábregas (c), Nasri (Rosicky 65); Eduardo (Vela 56).
Booked Traore 25, Fabregas 90+3.
Final Result
Arsenal 0-3 Chelsea ( Drog, TV o.g, Drog)
Nota Tambahan
Liverpool akhirnya menang,2-0 dengan Everton ( Masch, Kite)
Manu menang 4-1 dengan Avram Grant ( boring game ni kerja nak penalti je)
Spurs 1-1 Villa
Adios.
p/s : Mana author lain ni? raya aji sebulan ke? Arsenal tak ulas 2 game berturut2 kalah? Manu tak ulas kalah dengan Besiktas? nyorok sambil bedal daging korban ye
23 November 2009
Rebiu : Chelsea vs Wolves

Unused subs: Hilario, Ferreira, Ivanovic, Zhirkov.
Wolverhampton Wanderers (4-5-1): Hennessey; Halford, Craddock, Berra, Stearman; Edwards, Henry (c), Surman, Castillo (Knightly 52), Jarvis; Ebanks-Blake (Keogh 621).
Unused subs: Hahnemann, Elokobi, Milijas, Foley, Maierhofer.
20 November 2009
Prebiu : Chelsea vs Wolves

09 November 2009
Sir Alex dan Skuad Man U Menentang Chelsea: Suatu Ulasan dan Pendapat
Penulisan aku kali ni bukan nak bagi ayat...BONGOK PUNYA MAN U...PADAN MUKA KO KALAH...BIAR KAMI KALAH LIGA TAPI KAMI DAH MENANG DENGAN MAN U DENGAN MARUAH...tapi dengan berakhirnya perlawanan semalam, hati aku terus jadi gusar. Nanti ada African punya cup...no more Essien, no more Drog, yg tak berapa bulih diharapkan (Obi) pon pegi berkhidmat untuk negara. Ada la Anelka yg sangat berbakat melepasi pertahanan dengan sentuhan ajaib tapi kurang menyengat juga tanpa Drog. Nasib la ada Joe Cole tapi kalau letih, Kalou pon takda. Essien yg menjadi sandaran penyerang dan pertahanan pon nak pegi jugak. Kegusaran aku bukan hanya kat situ je. Man U tanpa Rio dan Vidic...Chelsea susah jugak nak lepas. Penyerang sorang, tapi berjaya gak try. Credit to Evans.
Tapi game semalam mmg Man U main macam lahanat. Tak dinafikan, Chelsea jugak ada melakukan terjahan keras tapi tak seberapa jika nak dibandingkan dengan player Man U. Essien beberapa kali dibentes Carrick dan Fletcher. Dengan keras dan gagah, dia bangun balik dan ref bagi advantage kat Chelsea. Pada pendapat aku, Carrick patut dapat kad kuning dan Fletcher patut dapat kad kuning atau merah. Main macam taik. Masih ingat kemenangan Man U menentang Arsenal 2-1 awal musim nih? Masih ingat camna dia tackle Arshavin? Patut la Arshavin marah sangat dengan dia dan mmg patut pon Wenger komen yg bukan2 pasal dia.
Kad kuning Valencia juga ada possibility untuk kasi terus merah. Tapi kang ramai sangat merah baik takyah main. Bila diulang tayang dalam gerak slow-mo, nampak Valencia mmg nak bagi kaki Lampard. Nasib la tak kena stud tapi terkena kaki belakang hasil momentum terjahan. Kurang la sket sakitnya drpd kena baek punya kat kaki depan yg sedang menghayun untuk menyepak bola.
Aku tak nafikan kad kuning yg Carvalho dgn Ivanovic dapat, tapi Drog mmg tak patut. Mula2 aku tgk pon aku rasa dia belakon pasal masa tu aku tgh pow rokok membe aku. Sekali masa ulang tayang dalam slow-mo, nampak muka Evans mmg tenung dada Drog. Mmg patut mamat tu menggeletik macam ular kena palu. Dah la dia kena terajang dua kali. Drog kad kuning sedangkan Evans dengan samdolnya, berlalu dengan tenang...TENANG APA TENANG...? TENDANG NAK...?
Gol Terry di pertengahan babak dua...? Mmg Drog offside dan bagi aku dia mmg active player yg patut dikira kewujudannya kat depan pintu gol. PADA PENDAPAT AKU GOL TU OFFSIDE tapi sebab aku sangat marah dengan pemain Man U, gol tu pon aku anggap gol yg sah. Lantak la aku bias pon...aku bukan pengadil. Dan di sini aku nak mintak maaf dgn penyokong Man U terutama Taufik kalau anda semua terasa hati dengan penulisan aku kali nih. Dan dengan tulusnya sekali lagi aku umumkan AKU BUKAN ANTI MAN U...wlpn aku sangat marah tgk Carrick, Giggs, Brown, Fletcher dan Evans semalam.Yg lain OK.
"Kau skor satu tadi kan...? Dah...jgn ngada-ngada nak naik atas...bertahan sudah...!!", pesan Ancelotti pada Terry.p.s ~ SAF terlepas hukuman FA tentang isu kritikan terhadap pengadil pada perlawanan yg lalu...kali ni pon lepas jugak...biasa la Man U dan SAF...sentiasa terlepas hukuman FA...aku harap FA akan review balik rakaman Drog kena terajang...tapi aku rasa tetap HARAPAN...!!


