31 August 2010

Maintaining Top Is More Important


'kami menang 2-0 pun orang komplen"



Carlo Ancelotti telah memberikan peringatan agar tidak mengharapkan jaringan yang besar setiap minggu malahan gembira dengan kemenangan kecil 2-0 terhadap Stoke.

Carlo mengakui perlawanan dengan Stoke bukanlah permainan terbaik Chelsea selepas 2 game berturut-turut menang 6-0. Permainan yang perlahan menjadi punca Chelsea hanya mampu menjaringkan 2 gol padahal kalau kelab lain menang 2-0, ia adalah keputusan yang sangat dihormati.

"Hari ini kami sangat berpuas hati kerana memberikan yang terbaik. Walaupun ia bukanlah permainan terbaik Chelsea, kerana game menentang Stoke memang selalunya sukar," tegas Carlo.

"Chelsea tidak dapat bermain dengan tempo yang laju, banyak memberikan lontaran ke dalam kepada Stoke jadi ia merencatkan permainan.

Tetapi saya tetap gembira kerana kami menang, tidak bolos, mengekalkan 'clean sheet' dan kami kekal teratas dalam liga " katanya lagi.

Stoke bermain dengan corak bertahan, dengan Chelsea menyerang kawasan penalti Stoke sepenuhnya separuh masa pertama.

Chelsea menghasilkan beberapa peluang menjaringkan gol tetapi gagal sehinggalah Florent Malouda menjaringkan gol melepasi Sorensen hasil hantaran cantik John Terry. Kemudiannya menambah gol ke-2 hasil penalti oleh Drogba.

"Separuh masa pertama adalah lebih baik dengan peluang gol sangat banyak. Separuh masa kedua sangat sukar, ini boleh berlaku bila-bila masa saja. Kami berkerja keras minggu ini kerana minggu depan adalah perlawanan antarabangsa dan kemudiannya bermula Liga Juara-Juara.

Jadi pemain menghadapi minggu yang sukar dan lantaran itu mereka tidak berapa tajam."

.
.
.
.


Apa-apa pun, expectation memang tinggi setelah melihat jaringan-jaringan yang cukup besar. Apabila Chelsea menang hanya 2-0, rasanya seperti sangat mengecewakan. Padahal standardla menang 2-0, dah cukup solidlah tu.

Aku pula menonton perlawanan ini dekat restoran mamak ditemani saudara Zhentan, maka ia menambahkan lagi expectation. Bukan nak tahu boleh menang ke tidak, tapi berapa boleh gol. Haha.

Lampard miss penalty, rupa-rupanya dia menanggung derita hernia yang memerlukan pembedahan segera. Maka membuktikan kenapa dalam 3 game ini permainannya sangat mengecewakan. Oh lupa, Ramires tampil membuat debut. Bagus.


No comments: