Sabtu-Chelsea vs Birmingham


Sori. Aku tak tengok bola pun time ni.
Agenda aku pada hari tersebut adalah menonton AVATAR oleh James Cameron, berbanding Chelsea oleh Ancelotti.
Apa yang aku terima hanyalah laporan min ke min oleh saudara Zhentan melalui SMS.
Keputusannya sangat menghampakan, seri lagi. 0-0. Belum pun Piala Afrika bermula, Blues dah mula goyah. Walaupun hanya kalah sekali dengan Manchester Biru, tapi perlawanan lain hanya mampu seri. Dengan bermula kalah dengan Man City, seri dengan Everton, menang dengan Pompey, seri balik dengan West Ham dan kali ini seri lagi dengan Birmingham.
Apa yang terjadi? Kecederaan hanya pada Essien dan Anelka, tapi natijahnya macam semua orang cedera. Dengan tidak memperkecilkan kehebatan Birmingham ( padahal tengah on form ),tapi memang tak boleh terima akal boleh seri dengan kelab yang baru naik ni. Kalau nak banding 1 lawan 1, penyerang terbaik Birmingham yakni Benitez ( bukan Benitez yang lemau tu ok..hehe ) pun belum tentu boleh beat Kalou yang jarang main tu.
Menurut post match interview oleh Ancelotti, Chelsea tak ada keyakinan ketika ini. Oleh itu, sepatutnya siapa yang bertanggungjawab? Pemain ataupun manager? Kalau skuad yang hampir penuh pun main tak seberapa, bagaimana nak hadap bulan Januari dengan tanpa Drogba,Kalou,Mikel dan Essien? Anelka tak tau bila nak baik. Sturridge dan Borini? Betul ke Ancelotti memang tak mau beli? Inginkan nasib seperti Scolari? Anda tentukan.
Isnin-Chelsea vs Fulham

Sebelum perlawanan, langsung tak ada berita baik untuk Chelsea, cuma bernasib baik dapat pakai budak-budak Afrika. Dan main di Stamford Bridge. Kalau main di Craven Cottage? Adakah 3-0 juga macam Mancester Merah?
Lawan dengan team yang hot form, yakni Fulham, memang sengsara. Diperkuatkan dengan bekas player sendiri yakni Damien Duff, maka bertambah sengsaralah Chelsea. Berita baiknya, tiada Brede Hangeland, mamat tinggi lampai.
Turun tanpa Ashley dan Ivanovic, Chelsea menggunakan Ferreira dan Zhirkov. Zhirkov nampak bagus permainannya, sesuai dengan harganya, manakala Ferreira pula, rasanya, tak lama rasanya dia kat Chelsea. Dengan sistem 'diamond' yang diamalkan, tanpa flank, memaksa full back naik turun dan ini sememangnya tugas yang tidak dapat dipikul oleh Ferreira. Atas kesilapan Ferreira yang gagal turun tepat waktunya, membiarkan Konchesky tanpa kawalan kat belah kanan Chelsea. Dengan satu hantaran lintang yang mengucar-kacirkan pertahanan Chelsea, Zamora berjaya menanduk kepada Gera yang mengawal, sebelum merembat melepasi Cech. Sekali lagi Chelsea sengsara. Adakah Chelsea bakal berputih mata lagi?
Tetapi tidak. Ini adalah Stamford Bridge. Kubu kuat Chelsea. Dengan kemasukan Ivanovic menggantikan Ferreira dan Sturridge menggantikan Mikel, Chelsea bagai dirasuk dan menyerang bertubi-tubi. Dan akhirnya, dalam minit ke 73 lebih kurang, satu hantaran lintang yang cantik dari Ivanovic, mencari 'far post' lantas ditanduk oleh Drogba dengan padu dan kencang melepasi Schwarzer. 1-1. Adakah seri lagi?
Rupanya tidak. Pada min 75, hasil serangan dari kanan, bermula dari Kalou yang meloloskan diri, berjaya membuat hantaran lintang di depan gol tanpa disambung oleh sesiapa, tetapi Sturridge menunggu di belah kiri lantas merembat kencang tapi dapat ditepis oleh Schwarzer. Dengan malangnya, bola melantun kena pertahanan dan cuba dikeluarkan di atas garisan gol oleh Smalling yang cuba buat-buat Big tetapi hanya berjaya menjaringkan gol sendiri. 2-1. Terima kasih Smalling kerana small pada saat tersebut.
Setelah serang-menyerang, yang turut menyaksikan Kalou merembat tiang, perlawanan tamat. 2-1. Lega. Tamat juga badi seri. Tapi, adakah keyakinan bakal kembali?
2 comments:
thank you Maxx, membalas budi dgn mengupdate game chelsea fulham.tertido dah time tue...hahahah
oo yeke..awal tido
Post a Comment