Mukadimah.
Hoi. Dah bersawang ke? Haha. Mana pergi semua orang? Nak kena open table dulu yer baru muncul?
Anyway, Selamat Tahun Baru 2012 buat semua pembaca 1st Eleven. Sejak dar Krismas lagi, BPL tak tentu hala dengan jadual yang amat padat. Baru main Sabtu, Isnin dah main. Pancit woo.
Perkembangan BPL.
Dengan kemasukan, Roberto Mancity, nampaknya BPL semakin mencabar. Rekod yang agak baik bersama Lazio dan Inter Milan, Mancini dikatakan calon tercantik buat Man City untuk melangkah ke alam misteri. Ops, Big 4. Mereka juga cuba memancing Vieira dari Inter secara pinjaman, cuba membeli Subotic, Ivan Cordoba dan juga Veron, tetapi Veron awal-awal menolak mentah-mentah kerana tanak jadi macam Tevez.
Spurs juga mengekalkan rentak kemenangan. Diberitakan Harry Redknapp masih berminat untuk menambah jumlah ahli ke dalam skuad yang memang sedia besar. Dikatakan hendak bid Sandro dari Brazil. Tetapi menolak kemungkinan untuk mendapatkan David James dan Matthew Upson kerana apa sangatlah mereka itu.
Manakala kem Aston Villa, mereka gagal meneruskan kecemerlangan ke atas Kop apabila tewas 1-0 pada waktu kecederaan. Tingkap perpindahan pula, tiada berita selain Heskey yang dikatakan mahu keluar kerana sakit hati.
Liverpool berjaya menghela nafas lega setelah gol 90+ dari Torres menghidupkan sisa-sisa untuk tempat ke 4. Ryan Babel dikatakan Birmingham nak rembat, manakala Dossena hampir pasti ke Napoli. Voronin ke Dynamo Moscow, Degen tidak tahu ke mana. Manalaka Kop sedang cuba mendapatkan Maxi Rodriguez secara pinjaman dari Atletico Madrid. Pinjam je mampu.
Di pihak Arsenal, jika menang dengan Bolton malam ini, mereka akan memintas MU dan terus naik no 2. Rosicky menambah sengsara dengan tandatangan kontrak baru. Manakala Wenger cuba dapatkan pemain baru setelah penyerang terbaik dalam skuad Arsenal yakni Bendtner masih tenat.
Kem Man Utd pula dikatakan sedang huru-hara setelah dibalun oleh skuad Hilmi Zulkifli terima kasih Beckford daun keladi, lain kali skor lagi. Kekalahan ini sangat memalukan Vidic hingga dikatakan mahu berambus dari MU ke Real Madrid ikut jejak langkah abg beca, eh abg Beckham, Nistelrooy, Heinze dan Cronaldo. Hulk pula, akan tak berapa hulk dah lepas ini seletah dikaitkan dengan Setan Merah.
Skuad biru pula tetap cool memimpin liga walaupun asyik seri je manjang. Seri manjang pun still atas jugak. Inilah namanya juara. Haha. Dihebohkan media, Malouda dan Lampard bergeseran tetapi semuanya ditepis dengan mudah apabila kedua-duanya turut skor ketika menumbangkan Watford 5-0. Sturridge cuba memberi jawapan kepada ketiadaan Drogba dengan 2 gol. Manakala berita perpindahan hanya terdengar berita pasal Aguero tanak blah pada Januari ini.
Perkembangan lain.
- Yaya Toure menang African Player of The Year dengan Drogba no 2.
- Man City umum kerugian terbesar dalam sejarah Inggeris dengan kerugian sebanyak 92.6M Pound.
- Pompey tak bayar gaji pemain.
- Goran Pandev masuk Inter.
- Malam tadi Stoke menang 3-2 dengan Fulham
Perkembangan Malaysia.
- Malaysia menang dengan Syria 4-1
- Shabery Cheek cadang Skuad 23 ke luar negara. Logik ke tak? Macam mana dengan kelab yang banyak player di call up?
5 comments:
Menteri Sukan kita ikut sedap mak bapak dia je suggest mende bukan2...padahal dia yg nakg oversea.
tang nak bercuti, kreatif je seko2 ye tak
untuk tontonan semua..
http://www.youtube.com/watch?v=eq9DxJZ0_ds
happy weekends!
helo tuan rumah.Minat chelsea x ? jom join n visit blog saye ni di http://kampungchelsea.blogspot.com ,ok bye
hahahahaha ..
apa citer beb??
Post a Comment