24 August 2010

Juta-juta well spent. Tertakluk game tertentu sahaja.


Joe Hart serius shit. Sick. Terbaik. Apala nasib Given. He should had been Given by free je la. Haha.

ya.

Joe Hart.

3-0. Millions well spent. Tapi awal season lah. Akhir season belum diketahui lagi. Buat masa ini, masalah utama Man City cuma satu. Iaitu untuk mengekalkan moral skuad. Ini kerana terlalu ramai yang mahu bermain. Striker sahaja sudah panjang berjela. Tevez, Balotelli, Adebayor, Santa Cruz. Tak campur lagi Jo, Robinho dan Caicedo. Nasiblah Bellamy dah ke Cardiff. Adebayor yang dahulunya kontroversi celebrate depan fans Arsenal tu pun tak dapat bermain. Santa Cruz dengan Jo pun sudah belas-belas juta. Robinho tak payah ceritalah.

Mid. Milner, Adam, Shaun, Silva, Yaya, De Jong, Barry, Vieira. Nasiblah exchange dengan Ireland. Mamat Irish tu antara punca-punca markah fantasy season lepas dengan selambanya dibuang begitu sahaja oleh Mancini.

Kembali pada game malam tadi. 3-0. Barry, Tevez 2 biji. Gol pertama gabungan kelincahan Adam dan hantaran lintang berbahaya Milner tepat ke kari Barry.

Gol ke-2 pula jaringan Tevez yang menyambung tandukan Micah Richards. Baru padan muka Man United yang memilih Berbatov berbanding Tevez. Ramai yang kata Tevez bermain macam 'headless chicken'. Tapi yang penting work rate. Kalau malas macam Berba, sakit mata tengok.

Gol ke-3 pula adalah onar daripada Adam. Berlari ke channel di belah kanan, dengan selamba disabit oleh Skrtel yang perasan tackle bola. Penalti Tevez mengesahkan Liverpool sekali lagi bermasalah besar. Roy Hodgson menyesal meninggalkan Fulham.

Di pihak Liverpool, Torres walaupun bermain, nampak macam tengah bercuti. Joe yang kononnya messiah, digantung perlawanan. Mascherano pula, enggan bermain. Aquilani pula diloankan ke Juve. Pilihan terakhir, mestilah player paling digemari ramai, Lucas. Kelibat Poulsen pula adalah dibangku stadium.

Kuyt pula, Inter nak beli. Standard Rafa. Bayang-bayang Inter ke top 7 nampak cerah. Jadi, Ngog adalah jawapan kepada kesengsaraan Liverpool. Tapi, halangan utamanya adalah :


Joe Hart.


p/s: aku malas nak rebiu game bosan. apa standard menang 6-0. boring. lagi bagus menang 1-0 dari menang 6-0. mata 3 juga. kata-kata tersebut aku ulas dari kata-kata seorang pengulas kem hantu. kita tunggu komen kem tersebut tentang seri 2-2 tu.

4 comments:

eddie dewanaga said...

Joe Hart adalah serious terbaik semalam...

Roy Hodgson terkilan Fulham dpt sangkak point MU mcm dia handle dulu.

Joe Cole mcm satu sumpahan, dia kena red card, Benayoun score for CFC.

mAxx said...

ya. adakah seribu penyesalan buat joe?

Taufik Latef said...

amboi.. pangkah senyap2 nmpk.. siol jek..

mAxx said...

pangkah apa?