16 August 2010

Berita 1st Eleven dan rebiu game Chelsea



Bersempena bulan mulia bulan Ramadhan al Mubarak ini, pihak 1st Eleven ingin mengucapkan Selamat Berpuasa seterusnya selamat berbuka, berterawih, bermorey dan bersahur buat semua pembaca yang beragama Islam.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah bersepakat untuk menukar header 1st Eleven sebelum ini yang too exposed, yakni boleh mengurangkan pahala puasa kita kepada sebuah header yang baru. harap maklum.


Rebiu : Chelsea vs WBA

Pertemuan ini mengalu-alukan kedatangan bekas pemain Chelsea yang antara crowd favourite dahulu yakni En. Roberto di Matteo sebagai manager baru WBA. Teringat kenangan indah beliau menjaringkan gol-gol jarak jauh yang mengkagumkan terutamanya game Perlawanan Akhir FA Cup dan League Cup menentang Villa dan Boro. Tak lupa perlawanan menentang Arsenal di mana Robbie menjaringkan gol jarak jauh yang macam roket dia punya pergi. Perlawanan ini juga menyaksikan 2 orang 'Cech' beraksi.


Robbie, kini manager WBA

Apa-apa pun, kembali kepada perlawanan, terdapat beberapa prebiu dan ramalan pundit yang mengatakan Chelsea bakal sesak nafas dalam perlawanan ini. Ini berikutan persediaan pra musim Chelsea yang buruk dengan 4 kekalahan berturut-turut bermula dengan Ajax, Frankfurt, Hamburg dan Setan Merah yang kena ikat sempena bulan puasa.

Line up tanpa kelibat pemain-pemain baru seperti En. Yahudi 'semoga masuk Islam dgn keberkatan bulan Ramadhan' Benayoun dan Ramires, Chelsea turun dengan kembalinya Petr Cech daripada kecederaan dan Drogba turun walaupun dikatakan terdapat kecederaan.

Berpasangan dengan The Drog, adalah En. Abd Salam Bilal 'yang berusaha nak puasa tapi taktaula yangyuk ke tak' Anelka, ditunjangi Florent Malouda, Obi Mikel, Frank Lampard, Michael Essien, Ashley Cole, Paulo Ferreira, John Terry dan Alex. Chelsea yang telah pun menjual En. Riccy ke Real Madrid, meletakkan Branislav Ivanovic di bangku simpanan. Cb backup nampaknya bersandarkan kepada pemain muda seperti Jeffrey Bruma dan Michael Mancienne.

En. Robbie pula menurunkan Scott Carson, Gabriel Tamas, Pablo Ibanez, Marek Cech, Gonzalo Jara, Christ Brunt, Yussuf Menglembu, Roman 'bukan Abramovich' Bednar, Graham Dorrans, Jerome Thomas dan James 'Football Manager the next David Beckham' Morrison.

Gol pertama berpunca daripada sepakan percuma Drogba yang gagal ditangkap kemas oleh Carson, terus disambung oleh Mikel tetapi rembatan yang berjaya dihalang tetapi nasib malang, ia jatuh ke depan laluan Malouda yang terus merembat masuk untuk 1-0.

Beberapa serangan WBA dapat dihalang sehinggalah penghujung separuh masa pertama, Chelsea memanfaatkan sepakan percuma dengan jaringan Drogba. 2-0.

Separuh masa kedua, Chelsea terus menambah gol ke-3 dengan jaringan Drogba lagi. Kali ini, pemain-pemain WBA gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalt berpunca dari sepakan sudut Malouda. Bola yang terus ditanduk Terry dihalang Carson, melantun ke Anelka yang mencuba tapi kali ini dihalang pula pertahanan. Tapi nak dijadikan cerita, ia terus ke depan Drogba yang terus merembat dengan kaki kiri. 3-0.

Seterusnya gol Frank Lampard. Gol ini agak fun dengan pemain-pemain Chelsea bertukar-tukar hantaran dengan sangat mudah dan santai. Bermula dari Drog hinggalah ke Ashley yang membuat hantaran pendek ke Lampard di dalam kawasan petak penalti lantas disempurnakan dengan mudah oleh Lampard.

Gol ke-5 pula adalah pelengkap hatrik kepada Drogba. Kali ini, dari luar kotak penalti, Drogba terus merembat padu yang terkena kepala pertahanan WBA lantas membias masuk ke dalam gol. Hatrik lagi buat Drogba. Adakah 'Kasut Emas' sekali lagi?

Mamat yahudi turut masuk menggantikan Lampard yang direhatkan, Ivanovic ganti Ferreira yang kad kuning dan Kalou ganti rakan senegaranya Drogba.

Sempat lagi Chelsea tambah gol ke-6 sumbangan Malouda yang memintas Carson lalu menyumbat ke dalam gol yang terbuka. 6-0.

Tamatlah sudah perlawanan. Nampaknya dah macam habit pula di bawah kendalian Carlo dengan gol-gol 4,5,6,7,8 biji ( game Wigan ). Stylo.




11 comments:

TIMEasitis said...

Satu game yang cukup tenang bagi chelsea...mengawal permainan dgn cantik...dan paling bagus, bila CA tidak mahu puji pemain melambung...dia sendiri akui masih ada ruang untuk pembaikan...so, teh true chelsea form masih belum ditonjolkan...mungkinkah kita boleh melihat Man U diratah 6-0 oleh chelsea season ini...sama sama kita doakan

Ucapan selamat mengerjakan ibadah rukun islam ketiga pada abang bilal...

eddie dewanaga said...

semoga prestasi kekal dan bertambah baik...

mAxx said...

ya. next game wigan. 8 biji lagi. come on

Instant Classic said...

tang james morrison tu mmg siak. ada ke beck

mAxx said...

haha tu la pasal. football manager overrated

Unknown said...

aiseh. belum2 dah 6 goals different

Taufik Latef said...

ape beza 1-0 dengan 6-0? hehehhe..

saje nak panaskan ramadhan bilal..

mAxx said...

bezanya. gol differentla

Taufik Latef said...

kalau point sama after 38 games.. selalunya tak..... seingat aku la, x penah sama pun........

mAxx said...

sbb chelsea da menang awal2, keh2

Taufik Latef said...

we'll see this season hehehhe