21 December 2009

West Ham vs Chelsea, seri lagi buat Zola tersayang


Gua skor 3 kali, xde hal la


Minggu ni aku sangat busy, sorilah buat pembaca sekalian. Bermula dari hari Jumaat, aku pergi ke rumah saudara, tolong-tolong masak sempena majlis berkhatan 2 orang anak cucunya.

Hari minggu pulak, Sabtu dan Ahad, aku sibuk di rumah jiran sebelah kiri aku. Anak daranya kahwin orang Kedah. Dayus pulak kalau aku tak tolong masak-masak dan jadi penanggah. Sebelah rumah pulak lagi. Dahla kadang-kadang pada malam hari aku berborak dengan Ain ( minah yang kahwin ni ) melalui tingkap. Dah macam ahli mesyuarat tingkap pulak.

Maka terpaksalah aku hadiri kesemuanya. Maklumlah aku belum kahwin lagi. Kang sapa pulak nak masak kat majlis aku. Wahaha..

Sayugia itu, tak adalah prebiu atau apa-apa yang lain dari aku.


Berbalik pada bola. Apa da seri. Tapi takperlah. Berganjak lagi 1 mata ke depan. Now 4 point pulak. Sikit-sikit lama-lama jadi juara liga. Haha.

Sekalung tahniah buat Lampard kerana skor 3 kali. Memang hebat. Tapi lepas tiupan wisel, dekat scoreboard tetap 1-1. Haha.

Takyah sedih-sedih peminat Chelsea sekalian, ini hadiah krismas buat Zola. Hehe.

Adios.

9 comments:

Instant Classic said...

lu bila lagi? hehe

mAxx said...

haha..tunggu saja

Encik Bebo said...

kahkahkahkahkahkahkahkah.go pompey!!

mAxx said...

pompey tiada kaitan dengan entry ini

Rini said...

aiseh.. xleh beat west ham? rindu zola kot

medihebat said...

kasi hadiah untuk zola...peminat masih mengidolakan zola...

mAxx said...

rasanya season lepas pun seri gak ngan west ham..dah jadi badi kot lepas zola masuk

eddie dewanaga said...

3 straight stike penalty tanpa terbabas...

who's the daddy now!!!

frankie lampard lompat2..!!!

mAxx said...

@eddie- kahkah..tu yg pelik. lawan man city miss plak. mmg skrip gitu gamaknya