KUALA LUMPUR - Seorang ahli akademik dari Universiti Malaya (UM) berpendapat, tidak salah ahli politik untuk menerajui persatuan sukan di negara ini.
Timbalan Pengarah Pusat Sukan UM, Prof. Madya Dr. Mohd. Salleh Aman berkata, apa yang penting sesiapa juga yang memimpin perlu ada kecintaan yang mendalam terhadap sukan yang diterajuinya.
"Pada saya tidak salah tetapi orang politik ini perlulah bersikap profesional, berpengalaman, berpengetahuan dan yang paling penting minat yang tinggi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Promosi dan Strategi Pembangunan Sukan Negara pada Konvensyen Sukan Negara 2009, semalam.
Menjawab pertanyaan Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka, Roslina Idrus, beliau menambah, walaupun kerabat Diraja yang berminat sekalipun, ia juga tidak salah, jika mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.
Perkara ini turut disokong Pengarah Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) Asia, Mohd. Musa Noor Mohd. yang menamakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sebagai antara contoh pemimpin terbaik.
Katanya, sejak sekian lama menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menunjukkan kecintaan yang tinggi dan berterusan walaupun dikritik hebat peminat bola sepak negara.
"Dengan berkorban membiarkan diri baginda dikritik gara-gara prestasi merudum bola sepak negara, akhirnya pengorbanan itu berbalas apabila Malaysia akhirnya mengakhiri kemarau 20 tahun pingat emas Sukan SEA.
"Inilah pemimpin sukan sejati kerana sanggup bersusah-susah dahulu sebelum datangnya waktu senang dan menggembirakan semua peminat seperti ini," tegas Musa.
Ulasan 1st Eleven
- Bodek selagi mampu.
- Sultan bola?
- Bullshit.
- Pergi jah***m.
7 comments:
aku tak setuju 100%...
kite ambil awalan perkataan politik iaitu poli. poli bermaksud banyak.
bergitulah tanggungjawab ahli
politik. oleh kerana mereka memikul tanggungjawab yang banyak, maka sesuailah diberi sahaja kepada mereka yg betul komited dan tinggi 'passion'nyer terhadap sukan tersebut...
bagi aku bekas ahli sukan dalam sesetengah sukan tu yang berkaliber dari segi kepimpinan harus diberi tanggungjawab...
bertepatan dengan slogan 1 Malaysia...
Mengapa tidak kita buat 1 Jawatan?
politik - bola....?
mamat ni ye ke prof madya...? ke main letak je title kat depan nama sebab nak bagi gah...? ke dia dapat prof madya lepas dia kipas sultan bola...?
aku sokong dgn meyour punye pendapat.
kita memang memerlukan Ahli politik, tapi biarlah mereka di lapangan mereka sebagai Adun,Ahli parlimen,Menteri dan juga pembangkang
mereka adalah wakil kepada rakyat. so, biarlah mereka memimpin rakyat dan negara.
Biar orang sukan pimpin sukan.
ya..politik biar handle politik. kenapa nak bz ke sukan? option ada. choose 1 je la...
typical la..
lorr..
bagi aku tak salah.. janji betul2 ada kaliber la.. betul2 minat.. ada passion..
bukan tujuan nak kaut duit, nak kan nama etc... benda tu akan datang sendiri kalau ikhlas berbakti..
kalau ahli sukan yg xde kredibiliti pun tak guna gak..
just my 50 cent hehehe...
jgn nak ampu sgt..
Post a Comment