22 December 2009

rebiu basi

salam 1 malaya..

ni rebiu terlambat dan amat sesuai dikatakan agak basi.tetapi bagi menyahut seruan dan galakan semua pihak maka aku harus perbanyakkan entri-entri di blog kontroversi ini.blogger2 lain dari kem arsenal juga telah lama menyepikan diri.mungkin terlalu sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan agaknya.walaupun tidak terdaya menanggung beban membuat entri secara solo namun harus ku gagahkan diri jua.oh ya mari kita terus kepada rebiu kepada perlawanan arsenal menentang hull di emirates stadium pada hujung wiken yang lalu.

sejujurnya aku tak nengok game ni di kaca tv,cuma melalui internet streaming so kualiti siaran memang macam najis dan tersangkut-sangkut.memanjang kena refresh..so based dari apa yang aku dapat tengok,macam biasa arsenal bermula hambar.hull city pulak macam bersemangat lebih lebih-lebih lagi Stephen Hunt yang macam biasa suka menekel keeper.Mamat nilah yang menjadi punca Petr Cech tidak lagi seperti dulu sebelum beliau dilutut di tengkoraknya oleh si Hunt nih.


1st half

memang tidak ada apa-apa adegan menarik sepanjang separuh masa pertama perlawanan kecuali beberapa percubaan hambar daripada kedua-dua pasukan.tapi di minit-minit akhir separuh masa pertama Samir Nasri telah gatal-gatal memijak kaki Richard Garcia dalam satu kejadian off-the-ball lantas si Garcia ni jatuh bagaikan kena headshot oleh sniper.lantas tercetus la satu kejadian handbags..bukan kes ragut tapi a harmless fight.main tolak-tolak cekik-cekik pakat-pakat tunjuk otai tapi tak berani nak pukul pun.acah ganas la kunun.tau-tau je Samir Nasri dan Cuntish Hunt telah kena caution oleh ref.

budak2 berebut keropok chickadees

okay...lepas tu match berlangsung dalam masa kecederaan 1st half.Abou Diaby yang sedang membuat aksi solo telah dibentes oleh pemain Hull di luar kotak penalti dan ref tiup wisel dan bagi freekick.Seriously aku rasa bukan freekick pun tapi since ref dah bagi what the hell la kan.Tiba-tiba aku terpikir dah berapa tahun daaa arsenal tak score daripada direct freekick.setahun?dua tahun?Van Persie dari dulu memanjang je bantai tiang.ataupun buat conversion rugby.kalau score dari indirect freekick memang berlambak tu pasal Fabregas ngan Van Persie banyak assist.So Denilson dengan hati yang kering telah menapak ke hadapan dan mengexecute sepakan partial topspin ala David Beckham yang terus menerjah penjuru bawah jaring gol Hull."huh,lawa la jugak gol tu but i've seen better",aku berkata dalam hati seperti tak tahu bersyukur.



2nd half

A different game altogether again.Hull had to be attacking because they were now chasing the game.so the game opened up a little bit therefore it suited Arsenal better.yes Arsenal tend to do better when the oppositions have to chase the game because they will have more space for counter attacking.so bila team lawan kena kejar dapatlah arsenal bermain dengan permainan normal yang menyebabkan Hull jiwa kacau.Pemain kegemaran Raymond Domenech iaitu Abou Diaby dengan tidak semena-mena menjadi sangat lincah walaupun berbadan agak godang.Kebanyakan serangan-serangan Arsenal berpunca dari beliau dan gol kedua yang dijaringkan oleh Dudu juga berpunca dari hasil gerakan 1-2 Diaby dan Alex Song.Gol ketiga pulak hasil gerakan 1-2 Diaby dan Arshavin the Anfield Idol from Russia yang disudahi dengan rembatan mengoyak jaring oleh Diaby.

Final result 3-0

mari kita semak apa komen para peserta selepas tamat perlawanan.

-Phil Brown-

"aku hairan kenapa Samir Nasri tak kena kad merah?"
"Garcia ialah seorang lelaki berhemah.Beliau takkan rebah senang2 je"
"Ref bias" (abah ko!haha!)

-Almunia-

"Hull tak reti main bola"
"eh nasib je tu I dapat save penalti" (eh aku lupa nak rebiu pasal penalti tu)

-Wenger-

"the first goal changed the game"
"the penalty save changed the game" (berapa kali changed daaa?)


laters...

1 comment:

mAxx said...

ha..mcm ni baru true