
aku kena beli tengkorak baru..
Pertahanan terkental dalam liga bocor 3 kali?
Ini dah menjadi satu kemusykilan.
Mood nak krismas ke?
Kita terjah satu persatu.
Kes Pertama
- Gol sendiri oleh Petr Cech. Analisa : Bukanlah sebenar-benarnya kesilapan Petr Cech. Sepakan percuma tu elok-elok saja ditanduk Saha, lantas ke tiang dan pantul ke badan Petr Cech lalu bergolek ke dalam gol. Siapa salah : Petr Cech? Pada aku tidak, tetapi sepakan percuma Baines yang agak mantap juga dan kegagalan pemain Chelsea menanduk, akhirnya, nasib tidak menyebelahi Petr Cech lalu gol sendiri.
Kes Kedua
- Gol Yakubu. Analisa : Lontaran ke dalam dari kiri, Ivanovic, Terry dan Carvalho macam tunggul menunggu. Siapa salah : Semua pertahanan dan sedikit nasib dan semestinya Petr Cech tak mampu berbuat apa-apa. Ivanovic terlepas, Terry tak mampu nak clear dan Carvalho pulak terbaring tengah-tengah. Kesimpulan, lalai dan leka.
Kes Ketiga
- Gol Saha. Analisa : Gol yang nasib saja. Sepakan percuma yang langsung tidak berbahaya. Seharusnya tangkapan rutin Petr Cech. Siapa salah : Kesemua pemain Chelsea. Petr Cech sepatutnya berkomunikasi lebih lantang. Hairan bagaimana Drogba dan Cech boleh berselisihan faham, siapa yang clear siapa yang tangkap. Langsung tiada komunikasi antara pemain. Situasi bolos seperti ini sangat menghairankan. Kesimpulan, bolos yang teramat mendukacitakan.
Sudut positif
- Drogba meneruskan kesuburan jaringan golnya dengan 2 lagi gol.
- Gandingan bersama Bilal memang berbahaya, Bilal sendiri jaringkan 1 gol.
- Ivanovic assist 2 gol, satu peningkatan yang sangat mengujakan. Walau bagaimanapun kehilangan Bosingwa tetap dirasai.
- Walaupun kehilangan 3 mata, dari kehilangan 2 point lead, Chelsea berjaya menambah 1 mata menjadi 3 point lead. Kredit kepada MU kerana tewas di OT.
Sudut argumentasi
- Adakah Petr Cech sudah bukan Cech yang dahulu? Semenjak tengkorak pecah, Cech tidak boleh lagi diharap apabila menghadapi bola-bola tinggi.
- Adakah sudah masanya Hilario ke depan?
- Adakah Chelsea perlukan Akinfeev sekarang?
Nota Tambahan
- MU kalah di OT.0-1, dengan team big 4, Villa.Lega aku. Haha. Elok-elok sama mata, jadi 3 mata di depan.
- Liverpool terus terberak, di tangan team yang kena 3-0 tempohari, Arsenal.1-2.
- Spurs, terus pancit lawan kelab bawah-bawah, kali ini di tangan Wolves.0-1.
- Man City, poyo je lebih, seri balik, dengan Bolton 3-3.
Adios.
p/s: aku layan game ni kat mamak Desa Pinggiran Putra, Putrajaya, tu pasal tak menang. Wakaka.
14 comments:
haha. ko kena tgok kat umah aje ye yang leh menang?
haha..mesti..rumah aku dah kira SB gak
lenkali pegi tgk kat mamak taman pinggiran putra,sri kembangan.mesti menang.
menarik idea tu shan keli
eh ni adik shankly ke?
sorry maxx...internet kat umah ecah takleh guna...internet kat opis banyak site kena blok...aku kurang minat nak menulis takat nih...nanti bila dah ada P1 aku menulis dengan tegar...
p.s~aku kena dok umah mertua...tidak bisa nak decide segala...cam SETAN..!!
Kasi Hilario main major games, Turnbull masuk sekali sekala...
Abang Cech need a break.
tu lah yg aku rasa jugak...cech..need some vacation kat eden west (couple retreat, hehe)...
@medi - internet kat opis byk site kena block?jgn malu2.cuba guna freegate 6.80...internet di opisku lancar sebab kencing di waktu pagi..
kesian petr cech..adakah dia bakal menjadi Azizon Kadir?
haha
lol rini, btul tu
azizon kadir lepas piala asia, terus ke dlm tanah..kelab mana skang r
melampau r petr cech tahap azizon kadir...kahkah
tamau beli Ben Foster ke?
Kitorg kasik diskaun baeekk punya.. hahahhaha
ben foster? rela aku amik sharbinee tu
huhu
aku mau MU amek Gurusamy!
hahahhahaha
Post a Comment