
Ahad ini, perlawanan menentang Man City di tempat lawan bakal menjadi penentu adakah Chelsea benar-benar ampuh dan utuh untuk menghadapi season ini sebelum menghadapi penggantungan perpindahan selama 2 musim. Perjalanan skuad Chelsea ke tempat lawan musim ini tidaklah sebaik yang diharapkan, ini kerana Chelsea sudah pun tewas 2 kali di tempat lawan, di tangan Wigan dan Aston Villa, serta seri 3-3 sama dengan Blackburn pada Piala Carling.
- Ada yang mengandaikan kegagalan Chelsea adalah ke'suwey'an jersey away Chelsea yang berwarna belang itam kelabu. Saya sendiripun tidak berminat dengan jersey tersebut, adakah ia semakin menguatkan andaian tersebut? Haha mungkin tidak.
- Apa-apa pun Ancelotti pasti telah mengerah otak kenapa Chelsea lemah sedikit di tempat lawan. Berdasarkan post mortem perlawanan yang Chelsea tewas tersebut, saya membuat kesimpulan defend set-piece Chelsea masih longgar. 3 gol yang Chelsea bolos adalah menerusi tandukan, dari Bramble, Dunne dan Collins. Setelah kembali kepada man marking yang sebelum ini zonal marking yang sangatlah hancur di bawah kendalian Scolari yang mana Chelsea mudah-mudah saja bolos, termasuklah kepada Alou Diarra dari Bordeaux, Chelsea telah kembali ke man marking dan kita kembali kukuh pada aspek tersebut. Kelemahan zonal marking ialah sesiapa saja boleh mark sesiapa dan taktik ini juga tidak menggunakan mana-mana pemain untuk menjaga far dan near post menyebabkan seringkali bolos ketika sepakan sudut. Namun walaupun kita telah kembali ke taktik ini, kita masih perlu memperkukuhkannya di mana Dunne dan Collins pun masih mudah-mudah juga menanduk masuk.
- Khabar angin mengatakan Ancelotti tak mahu beli sesiapa. Beliau betul-betul percaya dengan budak-budak Chelsea. Saya juga berasa gembira melihat keyakinan Ancelotti. Tetapi pada hemah saya, Chelsea masih lagi perlukan pemain baru. Untuk tidak membeli sesiapa mungkin Chelsea mampu untuk menampung kehilangan Drogba,Essien,Kalou dan Mikel ketika Africa Cup of Nation nanti kerana ketika itu, jadual Chelsea tidaklah sesukar mana, tetapi untuk menampung 2 musim, sangatlah berisiko tinggi terutama sekali kalau kecederaan menimpa sama ada Drogba, Essien, Cech, Lampard atau Terry. Kalaulah penggantungan itu dapat dikurangkan, nescaya tidaklah perlu Chelsea membeli sesiapa rasanya.
- Kembali kepada perlawanan Ahad ini, Man City sudah 7 perlawanan berturut-turut seri. Ini pastinya membangkitkan lagi semangat Man City untuk menang kerana kecewa. Kepulangan Robinho pasti disambut ceria, ketajaman Bellamy,Tevez dan Adebayor pasti ditagih, apatah lagi, Wright-Phillips dan Bridge akan menentang bekas kelab pasti menambah lagi bara di jiwa.
- Di pihak Chelsea pula, Daniel Sturridge dan Abdul Salam Bilal juga akan menghadapi bekas kelab mereka. Berita gembiranya ialah, Abdul Salam Bilal seringkali akan menjaringkan gol ke atas kelab lamanya seperti Bolton,Liverpool, Arsenal dan Man City sendiri. Diharapkan Abdul Salam Bilal akan menambah koleksinya. 0-1 Chelsea menang tipis.
Nota Tambahan
Pihak 1st Eleven mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada medihebat dari kem Chelsea yang bakal melangsungkan perkahwinannya esok, 5 Disember di Bandar Baru Bangi. Semoga berkekalan dan jangan lupakan 1st Eleven semestinya.
Adios
6 comments:
selamat pengantin baru medihebat.
selamat pengantin baru medihebat
selamat pengantin baru
encik medihebat,
besok malam tengok bola dulu baru tido ye...!!!
chelsea for life..
selamat pengantin hebat medi!
hehehe...
haha..btul tu...jgn tido dulu
Post a Comment