21 December 2009

Hoho.. jangan tensi-tensi


Huhu nampaknya di sini, kita ada sedikit perseteruan. 2 kem berbalah. Tapi bagus juga rasanya kalau berbalah untuk kebaikan blog. Maka banyakkanlah lagi entry anda. ^_^

Mengambil kesempatan di atas perbalahan ini, saya nak mencelah sedikit. Bukan apa, kebanyakan peminat bolasepak EPL di Malaysia ini kebiasaannya suka pada sesuatu kelab tu berdasarkan trend semasa dan sejarah kelab sahaja. Ini hanyalah tertakluk kepada peminat di Malaysia saja. Peminat di England, sudah kes lain. Kita yang di Malaysia ni tiada kena mengena langsung. Paling kuat pun, kita pernah dijajah mereka. Sadis.

Pada pemerhatian dan pendapat saya, saya paling hormat adalah kepada para peminat Chelsea. Jangan salah anggap. Ini hanya kepada mereka yang menyokong Chelsea lebih lama dari Roman Abramovich. Yakni sebelum pembelian Roman Abramovich. Kita selongkar Chelsea sebelum Roman.


Chelsea.

Sebelum Roman Abramovich tiba, Chelsea adalah sebuah pasukan yang baru hendak naik. Pada zaman kendalian Glen Hoddle, mereka langsung bukan kelab yang top 6. Mereka pun tiada star. Star mereka hanyalah Gavin Peacock, Tony Cascarino dan Steve Clark. Itupun tidak berapa nak star. Hanya setelah kemasukan Ruud Gullit, Chelsea berubah. Kemasukan Dan Petrescu, Mark Hughes, Roberto Di Matteo, Gianluca Vialli, Gianfranco Zola dan lain-lain, barulah Chelsea dapat menjadi top 6 malahan pernah naib juara. Manakala di sudut sejarah pula, mereka hanya menang sekali iaitu pada tahun 1955.

Oleh dengan sebab itu, bolehla dikatakan saudara maxx dan medihebat adalah peminat yang bukan ikutkan trend mahupun sebab sejarah kelab. Tahniah!


Man Utd.

Tak payah cerita banyak, kelab ini telah pun memenangi 18 kali kejuaraan liga. Kelab ini telah mendominasi liga pada tahun 90an dan 2000-2008. Dan pada sebelum itu pun, mereka telah memenangi beberapa kejuaraan pada 50an dan 60an. Memang terkenal dengan sejarah.

Adakah peminat MU di Malaysia ini ikutkan trend ataupun sejarah kelab?

Liverpool.

Kelab ini pun lebih kurang dengan setan merah. Kaya dengan sejarah. Dengan kejuaraan CL sebanyak 5 kali, memang tidak perlu disangkal lagi. Dalam liga juga turut menang sebanyak 18 kali, kelab ini memang antara yang tersohor di eropah. Kelab ini telah mendominasi sedikit pada 60an, tetapi kegemilangan mereka adalah pada era 70an dan 80an.

Bagaimana pula dengan peminat-peminatnya di Malaysia? Tak ikut trend atau sejarah?


Arsenal.

Kelab ini adalah kelab ketiga yang paling berjaya di England. Dengan kejuaraan sebanyak 13 kali, memang kelab ini juga penuh dengan sejarah. Mereka mendominasi pada tahun 30an dan beberapa tahun yang terkemudian. Kembali hebat setelah kehadiran Arsene Wenger.

Macam mana pulak dengan peminat Arsenal di Malaysia?


Kelab-kelab lain.

Berdasarkan kejuaraan liga, ini diikuti dengan Everton, Aston Villa, Sunderland, Newcastle, Shef Wednesday, Wolves, Leeds, Huddersfield dan barulah Chelsea.


Kesimpulannya, dengan hujah-hujah di atas, bolehlah dikatakan, saya menghormati peminat-peminat Chelsea (sebelum Roman) lebih sedikit berbanding yang lain.

Tapi kalaulah kat Malaysia ini ada peminat sejati yang memang peminat sebuah kelab yang tak pernah ada sejarah, macam peminat Fulham umpamanya, itu lagilah saya hormat.

Jangan salah anggap. Ini hanya untuk peminat di Malaysia sahaja. Bukan bermakna saya tidak hormat langsung dengan peminat kelab yang disebut tadi, cuma penghormatan saya terhadap peminat Chelsea itu lebih sedikit. Dan semestinya bukan peminat yang ikutkan trend dan selepas Chelsea kaya.

Tidak dinafikan juga, kepada mereka yang sokong pasukan-pasukan yang disebut di atas, mereka meminati kelab mereka itu dengan sebab-sebab yang tersendiri.Bukan semata-mata sejarah kelab atau trend semasa.

No hard feeling, no offense, ini hanyalah pendapat saya. Apa sangatlah pendapat saya kan kalaulah nak dibandingkan dengan pendapat korang sekalian.

Cheers.

16 comments:

mAxx said...

haha bodek ke ni??

apa2 pun aku ucapkan tocey2..

hehe

angeldream said...

ramai peminat man utd minat david beckham .. beli krim rambut brylcreem. eceh ;P

gua terlekat dekat chelsea ketika gua balik dari sekolah rendah acs methodist lumut, tahun 92 atau 93 . de mattheo kickstart, terus meluru rembat gol. brape seken tah .. sejak dari tu.. gua adalah biru.

so, gua suka chelsea sejak gua darjah 2 :)

bukan sejak 2004/05 :D ehhe
:angeldream:

mAxx said...

@angeldream - roberto di matteo ke? 92-93 dia xde lagilah bro..hikhik. salah tahun tu.. dia masuk chelsea thn 96

:)

medihebat said...

aku benci peminat yg kita takleh langsung nak komen kelab yg disukai...bukan bahan dia tapi komen game i.e.: weh...cam lahanat la game *tooot* mlm tadi...apsal cam tak form...? jawapan balas yg bakal diterima...ABAH KO...REF BIAS...

aku benci peminat seperti di atas tak kira kelab wlpn peminat chelsea sendiri...

meor-name-depan-ku said...

Football is emotional game....

mAxx said...

@medi-aku tau sapa salah sorangnya..

angeldream said...

ye ke. abes sape gerangan penyerang misteri tu .. ni yg aku marah ni, aku menyukai pemain misteri rupanya

:angeldream:

eddie dewanaga said...

ken bates beli chelsea dgn harga satu pound saja... bila gua bilang gua suka chelsea, member2 gua yg gila Ian Rush, Kenny Daglish, Ole Gunnar Soljer... dan yg sewaktu dgnnya ketawakan gua sampai gua menyampah...

hahaha... tgk apa dah jadi dgn liverpool???

Shank said...

1 - x tahu mana asal usulnya ..
tp guwa rasa guwa minat liverpool since 90-an . John barnes era ..
klu x silap dulu RTM(sblm kdtgn astro) selalu tayang game FA cup .
since the days guwa setia bersama the reds.

2 - guwa on leave until next year.
happy new year and x mas.

YNWA.

mAxx said...

@angeldream - haha...ko kaji balik r sapa striker thn 92-93...

mAxx said...

@eddie - ya..chelsea zaman 90an leh kata pak lawak...cuma manager aje yg stylo..yakni glen hoddle... tu pasal org lain dok ketawakan kita..

tgok apa dah jadi pada chelsea sekarang?

mAxx said...

@shankly - maksudnya ko sokong liverpool bukan sbb trend ataupun history ke?

tp sokong sbb rtm tayang kat tv? hehe

Encik Bebo said...

cik rini...nak menambah sikit ye?arsenal juga hebat di zaman george graham.pemain2 legenda seperti ian wright,alan smith,david o'leary,andres limpar..just to name a few..paling hebat bila menang liga on final day of season 88-89 di anfield hasil jaringan michael thomas with the last kick of the match yg membolehkan arsenal menang liga just on superior goal difference.oh aku benci bercakap pasal sejarah...

ape2 pun aku baru je minat arsenal ni..baru 2-3 hari kot.heh!masih perlu masa untuk bergelar otai....haha

Rini said...

@bebo - tak kisah la sumer tu. yang pentingnya, adakah sokong sbb arsenal tere , byk sejarah, ikut trend or what?

hilmi zulkifli said...

heh celsi fan sket2 ke rini? bebo ni..dulu idola die bergkamp..bergy the gooner hahah

mAxx said...

manakala idola hilmi pulak...eirik bakke