
Ya minggu ini EPL kembali. Pastinya Zhirkov terluka. Russia tak dapat jalan-jalan Afrika tahun depan. Haha. Nak main pun, injury tak baik lagi tapi kat international main pulak siap kena kad merah lagi. Musykil aku.
Kembali ke EPL. Minggu ini lawan kelab serigala-serigala. Sekor dah gerun inikan pulak beberapa ekor. Bahaya ni. Tengok sajalah managernya. Mick McCarthy, mamat yang berlagak dengan Chelsea masa dia bawak Sunderland dulu. Haha. Rambut dia pun dah macam serigala beb.
KUNCI STATISTIK
Chelsea cuba mencipta kemenangan ke 12 berturut-turut di Stamford Bridge dalam semua pertandingan yang mana akan memecahkan rekod 11 kali kemenangan berturut-turut yang dicipta pada 2006.
TAKTIKAL
Serigala-serigala akan bermain bolasepak secara direct. Bila off the ball, serigala-serigala pula akan berkeliaran, memberikan tekanan kepada pihak lawan. Itulah serigala, tengok taring pun dah cuak. Akhir-akhir ini pula, kelab serigala ini lebih hebat pertahanannya, dan secara tak sengaja, serigala yang bernama Mancienne pula yang main, pinjaman dari Chelsea jua adanya.
Dan pastinya serigala rhasta itu tidak bermain kerana syarat-syarat along yang ketat jua adanya.
Bahagian mid serigala pula,kononnya serigala bernama Milijas handal bertempur begitu juga dengan Segundo Castillo tapi apalah sangat kalau nak bertempur dengan matador German bernama Ballack dan kerbau balar bernama Essien.
Serangan mereka pula, ingatkah anda pada Kevil Doyle, penyerang kelab baca buku iaitu Reading? Tak ingat tak apa. Dan diberitakan serigala tinggi lampai setinggi 6kaki 8inci pula duduk di bangku simpanan konon-konon sebagai senjata rahsia mereka.
Pihak yang benar iaitu Chelsea pula bakal tempang tanpa Lampard. Maka sayugia diingatkan kepada pengurus-pengurus fantasi dapat tarikhatas(update) skuad mereka. Drogba juga turut diragui sama ada dapat serta atau tidak.
Maka saya ingin simpulkan di sini,serigala tak cukup makan,kurus kering belaka inikan pulak nak lawan dengan singa lapar warna biru. Maka, serigala bakal kecundang paling bangsat pun 4-0. Haha.
Akhir kata, jangan lupa tonton Animal Planet untuk makluman lanjut mengenai serigala.
6 comments:
kahkah Animal Planet..
adeh gua x tahan gelak guling2 beb
aduyai point fantasy premier league aku kena deduct 8 points..lampard,drogba ngan v.persie punya pasal.
haha..rileks2. takat 8 points apala sangat kalau dpt pulangan points..huhu
salam...
atas usahasama dgn mereka yang berdarah biru, kami hasilkan blog khas untuk fans chelsea dan fan-fan yang lain kalo rase nak join,join jer..heheh
selamat ber'chelsea'
http://birudarahkami.blogspot.com/
salam...
satu blog komuniti untuk mereka
yang berdarah biru. ianya agak
umum dan boleh disertai oleh mana-mana
fans yang lain...
mAxx . medihebat . Zhentan. neopujangga digalakkan join
selamat join :-
http://birudarahkami.blogspot.com/
ramalanku benar belaka
Post a Comment