30 November 2009

Emirates, Chelsea's 2nd home


Buat 2 game berturut-turut menentang skuad meriam dalam EPL, Chelsea menang dengan kelebihan 3 gol. Season lepas semasa di bawah rejim Guus Hiddink, Chelsea menang 4-1. Kali ini di bawah kendalian Ancelotti, menang pulak 3-0.

Inilah yang dinamakan, stadium ke-2 Chelsea barang kali, Emirates Stadium. Walaupun berwarna merah, ia tidak langsung menjejaskan kehebatan Chelsea beraksi di stadium tersebut. Mungkin ini adalah kerana, Fly Emirates sendiri pernah menjadi penaja Chelsea maka tidak hairanlah kalau stadium ini bakal menjadi White Hart Lane. Hehe.

Bak kata pepatah, janganlah bermain api, kelak membakar diri. Ini adalah madah yang paling ngamcoi untuk fan Arsenal. Teringat pada semifinal Champ League 2 season yang lalu , di mana Encik Rafa telah mengkondem Drogba, akhirnya pada malam tersebut juga, Drogba skor 2 biji lantas slide celebration depan Rafa jugak.

Kali ini, Ashley Cole nama diberi. Sekian kali dan setiap masa dia bermain, pasti akan diejek dan diboo oleh penyokong Arsenal. Aiman tak kisah. Benda-benda begini biasanya akan menyemarakkan lagi semangat berkobar-kobar mereka. Tak caya tanya Adebayor. Kahkah. Bezanya dia tu dah cam tahap sengal skit. Natijahnya, 2 assist oleh Ashley. Satu kepada Drogba yang sidefoot volley yang cantik dan gol yang hampir lebih kurang dari sudut dan cara tetapi kali ini gol sendiri oleh Vermaelen. Ya, mamat ni memang hebat dalam menjaringkan gol sampaikan gol sendiri dan rambut ala rosnah Alumunia pun dia tak perasan.

Tentang gol Arsenal yang dibatalkan tu, maybe soft juga. Tapi memandangkan bola tu pun dalam dakapan Cech, inikan pula kaki tinggi tahap kepala dari Eduardo, memang logik juga foul tersebut. Kesian Arshavin, gol kau batal. Dahla sepanjang game fight dengan Ivanovic. Mau tak kesian, Arshavin tak masuk World cup tapi Ivanovic pergi.Haha.

Aku tengok komen-komen orang, Arsenal dominate game. Aku kurang setuju sebab berdasarkan posession,memang Arsenal lebih tapi lebih sikit saja. Tak lebih 60% pun. 56% tak silap. Logik juga sebab main kat Emirates kan? Tapi dominate ni, bukan takat penguasaan bola kena lebih, tetapi dari percubaan berbahaya dan gerakan-gerakan yang berbahaya juga mesti kena ada. Arsenal punya serangan pun takda yang bahaya, cuma pegang bola je lebih skit. Cech pun tak kena test sangat pun. So pada aku, word domination boleh digugurkan serta merta ok.

Tentang penalti Carlos Vela tak dapat, kalau ref bagi pun sangat harsh dan tidak adil. soft penalti, seolah-olah mencari penalti pulak. Tapi kalau ref nak bagi pun, tolong konsisten. Anelka kena gusti dengan Sagna, tangan baik punya peluk Anelka, tak pula dapat penalti. Belum lagi kes TV peluk Terry. Cuma tak jatuh saja. So Chelsea pun tak dapat favor dari ref jugak. Maka Encik Wenger, sila tonton video kembali sebelum bersuara ya.

Gol penutup pun, cam mudah-mudah saja free kick dari Drogba. 3-0. 10 gol dari 11 game, inilah rekod Drogba menentang Arsenal.

Funny incidents
  • Kelakar apabila Traore bertembung dengan Drogba, Traore cam spring dia punya pergi..haha.
  • Gallas kena wind up dangan Chelsea fans, apabila dorang menyanyi 'You should have stayed at a big club' dan 'You're not captain anymore' .

Line up

Chelsea (4-diamond-2): Cech; Ivanovic, Carvalho, Terry (c), A Cole (Ferreira 72); Mikel; Essien, Lampard; J Cole (Deco 67); Anelka, Drogba (Malouda 87).
Scorer Drogba 41, 86, Vermaelen o.g. 44.
Booked Drogba 36, Mikel 70.

Arsenal (4-2-3-1): Almunia; Sagna, Gallas, Vermaelen, Traoré; Song (Walcott h-t), Denilson; Arshavin, Fábregas (c), Nasri (Rosicky 65); Eduardo (Vela 56).
Booked Traore 25, Fabregas 90+3.


Final Result

Arsenal 0-3 Chelsea ( Drog, TV o.g, Drog)


Nota Tambahan

Liverpool akhirnya menang,2-0 dengan Everton ( Masch, Kite)

Manu menang 4-1 dengan Avram Grant ( boring game ni kerja nak penalti je)

Spurs 1-1 Villa


Adios.


p/s : Mana author lain ni? raya aji sebulan ke? Arsenal tak ulas 2 game berturut2 kalah? Manu tak ulas kalah dengan Besiktas? nyorok sambil bedal daging korban ye


13 comments:

eddie dewanaga said...

Arsenal memang banyak penguasaan bola.. kita hormat tuan rumah beb... apa-apapun gua puas ati, yg menyalak dan yang berlagak, menikus matikan diri...

esofagus said...

haha..betol2..keja nk penalty aje..

chelsea steady aje, xde penalty pon boley menang dgn arsenal

medihebat said...

arsenal macam takda idea depan gol...kehilangan RVP sangat dirasai...

yg aku tak puas ati:
a) apsal la fan arsenal dok boo ashley...mamat tu dah berapa season blah dari arsenal...yg chelsea pon sama dok sorak untuk gallas...

b) apsal tak boo skali si anelka...bukan arsenal ke yg bawak dia datang EPL..?

c) arshavin beriya dok kejar bola, tackle sana-sini...macam nak injured kan orang...tau la awak tu tak masuk worldcup...aku dah takda hormat pada mamat ni atas perbuatan dia pada hiddink...

d) wenger dok melalak pada ref...yg budak arsenal dok peluk2 terry takde nak komen ke...?

e) aku sakit mata...tgk game pon tak focus..

p.s ~ wenger mengejar game yg cantik...bukan kemenangan gol...jadi arsenal dah berjaya jugak...

Zhentan said...

ala biasa la
wenger cam tue la
dia bukan kisah menang ke tak
dia kan nak layan business jer
menang sikit sikit
dalam lingkungan top 4
kalah satu dua game
ok lagi la
dia tak kisah pun kalah
not ambitious enough.

kadang aku pelik, lately org kondem rafa
padahal, aku rasa lagi baik kondem wenger....pahal ntah mamat nie
nak manage team bola ke tak nak
hahahahaha
suruh dia buka company untuk manage young player pun ok...hahahah

tapi pikir balik
tak aci gak
lawan dgn chelsea yg tgh top
star player semua dah sihat...
midfield sekampung....
and manager power
so, memang arsenal takder can la...hahahahha
maybe kalau arsenal lawan dgn Kelantan FC, maybe arsenal ada can nak menang

by the way - takper la, kalau arsenal nak bangga dgn possesion percentage....itu jer dia nak bangga pun...game lawa walau takder 3 point....muhahauhauhauahah

Master Bruce said...

dun ask a boy do to a man's job...sendiri mau igt ar...

Encik Bebo said...

sudah ku katakan kalau arsenal kalah aku bad mood sebulan.

Shank said...

Ass cole tu kena boo sbb. dia ada komen pasal adebayour.

meor-name-depan-ku said...

well, yang menang tu menang
yang kalah akan menyalak!!!

standard la...
aku pn pernah di situasi kalah!!!

THE BLUES STILL GOT THE BLUES!!!

medihebat said...

@zhentan-aku rasa wenger bagus uruskan team...tapi ni liga perdana...bukan MSSD...apa yg dia terapkan pada player2 muda sume betul dan bagus untuk perkembangan bola sepak...tapi dia kena ingat, dia uruskan team besar yg INTERNATIONALLY RECOGNIZED...patut dikekalkan sedikit star, beli yg muda dan murah, jual yg tua dan tak berguna dan ada masih ada harga, naikkan player jr...tapi star sume takleh naik kepala...naik sket, dia buang...

@shankly-ass ke...? macam ada assist gol je mamat tuh...tak berapa nak ass sgt kot...jgn nak boo sana sini...nanti terkena barulah cakap ref salahlah, bola pantai salahlah...

@all arsenal fan - next time dude...baru brapa game...byk lagi sblm abis liga...

mAxx said...

apamende yg ashley komen pasal adebayor?

dia x komen pun kena boo juga

Shank said...

wartawan tanya mcm mana feeling nya return to emirates..
ass kata.. dia bukan org TOGO -merujuk mcm mana adebayor selebrate goal masa lwn arsenal .
certain ppl tgk racism ..sbb dia sebut "org TOGO" ..

Rini said...

kesian arsenal. harapkan vermaelen, vermaelen makan padi

kacang lupakan kulit dia tu

Instant Classic said...

argh. menang jugak akhirnya

haha