17 August 2012

Musim Baru Semangat Baru

Lai Lai Lai...

Mari pakat pakat kite meriahkan balik blog ni.. Tak guna dok bertekak kt FB tuh, sampai Ashley Young jadik Ashley Cole... kakakaka...

Aku nak buat post siap letak gambo tapi malangnya internet slow tahap Bebe.. Esok je kasik post yang menarik sket..

Ni intro je kekekeke.. Salam sayang dari Robin van Persie and fan kakakakakakakaka

16 August 2012

Relaunch!

1st Eleven dibuka semula!! Gila dari raya ke raya, haha

10 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Maaf Zahir dan Batin, lepas makan ketupat jangan lupa update fantasy yer :P

31 August 2010

Maintaining Top Is More Important


'kami menang 2-0 pun orang komplen"



Carlo Ancelotti telah memberikan peringatan agar tidak mengharapkan jaringan yang besar setiap minggu malahan gembira dengan kemenangan kecil 2-0 terhadap Stoke.

Carlo mengakui perlawanan dengan Stoke bukanlah permainan terbaik Chelsea selepas 2 game berturut-turut menang 6-0. Permainan yang perlahan menjadi punca Chelsea hanya mampu menjaringkan 2 gol padahal kalau kelab lain menang 2-0, ia adalah keputusan yang sangat dihormati.

"Hari ini kami sangat berpuas hati kerana memberikan yang terbaik. Walaupun ia bukanlah permainan terbaik Chelsea, kerana game menentang Stoke memang selalunya sukar," tegas Carlo.

"Chelsea tidak dapat bermain dengan tempo yang laju, banyak memberikan lontaran ke dalam kepada Stoke jadi ia merencatkan permainan.

Tetapi saya tetap gembira kerana kami menang, tidak bolos, mengekalkan 'clean sheet' dan kami kekal teratas dalam liga " katanya lagi.

Stoke bermain dengan corak bertahan, dengan Chelsea menyerang kawasan penalti Stoke sepenuhnya separuh masa pertama.

Chelsea menghasilkan beberapa peluang menjaringkan gol tetapi gagal sehinggalah Florent Malouda menjaringkan gol melepasi Sorensen hasil hantaran cantik John Terry. Kemudiannya menambah gol ke-2 hasil penalti oleh Drogba.

"Separuh masa pertama adalah lebih baik dengan peluang gol sangat banyak. Separuh masa kedua sangat sukar, ini boleh berlaku bila-bila masa saja. Kami berkerja keras minggu ini kerana minggu depan adalah perlawanan antarabangsa dan kemudiannya bermula Liga Juara-Juara.

Jadi pemain menghadapi minggu yang sukar dan lantaran itu mereka tidak berapa tajam."

.
.
.
.


Apa-apa pun, expectation memang tinggi setelah melihat jaringan-jaringan yang cukup besar. Apabila Chelsea menang hanya 2-0, rasanya seperti sangat mengecewakan. Padahal standardla menang 2-0, dah cukup solidlah tu.

Aku pula menonton perlawanan ini dekat restoran mamak ditemani saudara Zhentan, maka ia menambahkan lagi expectation. Bukan nak tahu boleh menang ke tidak, tapi berapa boleh gol. Haha.

Lampard miss penalty, rupa-rupanya dia menanggung derita hernia yang memerlukan pembedahan segera. Maka membuktikan kenapa dalam 3 game ini permainannya sangat mengecewakan. Oh lupa, Ramires tampil membuat debut. Bagus.


25 August 2010

"Giggs yang patut ambil penalti"-alex ferguson


Biarpun agak lambat aku menge'post' artikel ni..tapi mungkin masih relevent untuk kebaikan pasukan tercinta ku buat masa yang akan datang...kalau tak silap(walawpun aku penah main bola untuk peringkat sekolah je)...org yg tetapkan siapa yg patut ambil penalti adalah manager cum coach...tapi camne sir alex boleh keluar statement ni.Kalau nani ambil penalti mungkin dia dah cakap masa training..."nani..kalau dapat penalti masa lwn fulham ko amik ok..".....apa2pun mmg dah takde rezeki man u malam ahad lepas nak menang...smoga lepas ni penalti biarlah org yg lebih sesuai ambil....kalau aku giggs atau scholes yg kene amik penalti..

24 August 2010

Sorry John Terry



Sorry Chelsea fans. Secara ikhlas aku nyatakan, John Terry dah tak relevan lagi. Melihat kembali perlawanan yang lalu, ketika bertemu Wigan, memang John Tery dah tak relevan lagi.


Mesti ramai peminat Chelsea yang panas dengan statement aku ni. Mesti ada yang kata, " Apa punya fan ni? tak true langsung!".

Biarlah apa yang anda nak katakan, apa yang saya katakan di sini, John Terry no longer warranted 1st eleven in my book. Reason?

1.Fokus
Banyak game dah aku tengok dia ni tak fokus. Agaknya masih terngiang-ngiang how to score Vanessa again.

2.Baran
Tengok how he avenged on Nzogbia. Mulanya, Nzogbia stud dia kat dada. Pastu dia balas balik dengan reckless tackle. Nasibla tak kad merah.

3.Reckless takle
Dia memang hangin dia lain macamla. Dia punya serbu nak menackle dah tak macam dulu. Main rempuh je anak orang. Mau gak patah riuk.

4.Needless cards
Lihat saja ketika bertemu Spurs how he was red carded. Shit man. Menyusahkan! Dia pergi rempuh Bale macam seladang apa hal?

5.Slow slow and slow
Slow.

Itu saja buat masa ni. Bukanlah aku nak lupakan jasa John Terry, tetapi demi kesihatan Chelsea, inilah yang terbaik.

Gandingkan la :

Alex - Ivanovic.

Apa-apa hal pun, kepimpinan John Terry masih diperlukan. Tanpa dia, susah nak handle sorang-sorang. Or maybe dia nak berubah? Who knows?


Juta-juta well spent. Tertakluk game tertentu sahaja.


Joe Hart serius shit. Sick. Terbaik. Apala nasib Given. He should had been Given by free je la. Haha.

ya.

Joe Hart.

3-0. Millions well spent. Tapi awal season lah. Akhir season belum diketahui lagi. Buat masa ini, masalah utama Man City cuma satu. Iaitu untuk mengekalkan moral skuad. Ini kerana terlalu ramai yang mahu bermain. Striker sahaja sudah panjang berjela. Tevez, Balotelli, Adebayor, Santa Cruz. Tak campur lagi Jo, Robinho dan Caicedo. Nasiblah Bellamy dah ke Cardiff. Adebayor yang dahulunya kontroversi celebrate depan fans Arsenal tu pun tak dapat bermain. Santa Cruz dengan Jo pun sudah belas-belas juta. Robinho tak payah ceritalah.

Mid. Milner, Adam, Shaun, Silva, Yaya, De Jong, Barry, Vieira. Nasiblah exchange dengan Ireland. Mamat Irish tu antara punca-punca markah fantasy season lepas dengan selambanya dibuang begitu sahaja oleh Mancini.

Kembali pada game malam tadi. 3-0. Barry, Tevez 2 biji. Gol pertama gabungan kelincahan Adam dan hantaran lintang berbahaya Milner tepat ke kari Barry.

Gol ke-2 pula jaringan Tevez yang menyambung tandukan Micah Richards. Baru padan muka Man United yang memilih Berbatov berbanding Tevez. Ramai yang kata Tevez bermain macam 'headless chicken'. Tapi yang penting work rate. Kalau malas macam Berba, sakit mata tengok.

Gol ke-3 pula adalah onar daripada Adam. Berlari ke channel di belah kanan, dengan selamba disabit oleh Skrtel yang perasan tackle bola. Penalti Tevez mengesahkan Liverpool sekali lagi bermasalah besar. Roy Hodgson menyesal meninggalkan Fulham.

Di pihak Liverpool, Torres walaupun bermain, nampak macam tengah bercuti. Joe yang kononnya messiah, digantung perlawanan. Mascherano pula, enggan bermain. Aquilani pula diloankan ke Juve. Pilihan terakhir, mestilah player paling digemari ramai, Lucas. Kelibat Poulsen pula adalah dibangku stadium.

Kuyt pula, Inter nak beli. Standard Rafa. Bayang-bayang Inter ke top 7 nampak cerah. Jadi, Ngog adalah jawapan kepada kesengsaraan Liverpool. Tapi, halangan utamanya adalah :


Joe Hart.


p/s: aku malas nak rebiu game bosan. apa standard menang 6-0. boring. lagi bagus menang 1-0 dari menang 6-0. mata 3 juga. kata-kata tersebut aku ulas dari kata-kata seorang pengulas kem hantu. kita tunggu komen kem tersebut tentang seri 2-2 tu.

17 August 2010

1-1. tiada kena mengena dengan entry berikut


Bos dah marah. Katanya kem Arsenal pemalas. Arsenal yang terkenal dengan kiddies, menambahkan lagi faktor usia muda mereka dengan membuang Billy Gallas dan Silvestre. Bye2 old folks!

Now Arsenal are welcoming new defender to the club, who else ;

Laurent Koscielny!





Mari kita berkenalan dengan beliau, sebab saya sendiri tak berapa tau dia ni asal usul mana, tetiba je muncul. Biasala, standard Wenger membeli belah.

Lahir pada 10 Sept 85, so umur beliau sudah 25 tahun. Kira taklah muda mana kan. Lahir di Tulle, France. Memang standard Wenger, beli pemain France.

Kelab terakhir beliau ialah Lorient. Ketika bersama Lorient pada 2009, telah terpilih sebagai Ligue 2 Player of The Year.

Mempunyai corak permainan yang lebih kurang dengan Thomas Vermaelen, iaitu bagus dengan bola di kaki, boleh menyerang daripada pertahanan, dan suka naik ke atas untuk bantu serangan.

Good luck young lad!

16 August 2010

Liverpool, kisah sadis dan menyayat hati


Gua kembali. selamat berpuasa. Macam-macam benda dah dengar tentang Liverpool bermula berakhirnya season lepas hinggalah kini.

  • Rafa Benitez dipecat = bongok (style tompel)
  • ambil Roy Hogson = Royvolution?
  • Kenny Huang, chinese HK nak beli
  • Yusuff Kirdi, pak arab nak beli
  • future Gerres - Gerrard n Torres
  • ambil Joe free
  • jual yahudi
  • standard chartered
kini dengan rasminya, gua solat terawih dengan baju liverpool. takkan dengan carslberg kot? haha. standard chartered. apa standard? janji halal. haha

Joe Cole? apa yg special sgt? ntahla. dulu maybe la. now? tunggu dan lihat. yang penting free kan? bedal ajerla. lagipun si yahudi tu dah blah. okla tu kan. leh dtg malaysia. haha

ops, tgok balik apa tajuk atas? ni yg nak citer ni. yang sadis dan menyayat hati. ada 2 perkara. nak tau apa dia? ha baca la citer selanjutnya.


standard chartered jersey, baju terawih kegemaran gua

perkara sadis 1. baru main dan kad merah. palotak

ngog dah tak bongog lagi

perkara sadis 2. gol sendiri minit 90. kacak tak?

1-1. ngog dan reina
sekian. selamat berbuka.

Berita 1st Eleven dan rebiu game Chelsea



Bersempena bulan mulia bulan Ramadhan al Mubarak ini, pihak 1st Eleven ingin mengucapkan Selamat Berpuasa seterusnya selamat berbuka, berterawih, bermorey dan bersahur buat semua pembaca yang beragama Islam.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah bersepakat untuk menukar header 1st Eleven sebelum ini yang too exposed, yakni boleh mengurangkan pahala puasa kita kepada sebuah header yang baru. harap maklum.


Rebiu : Chelsea vs WBA

Pertemuan ini mengalu-alukan kedatangan bekas pemain Chelsea yang antara crowd favourite dahulu yakni En. Roberto di Matteo sebagai manager baru WBA. Teringat kenangan indah beliau menjaringkan gol-gol jarak jauh yang mengkagumkan terutamanya game Perlawanan Akhir FA Cup dan League Cup menentang Villa dan Boro. Tak lupa perlawanan menentang Arsenal di mana Robbie menjaringkan gol jarak jauh yang macam roket dia punya pergi. Perlawanan ini juga menyaksikan 2 orang 'Cech' beraksi.


Robbie, kini manager WBA

Apa-apa pun, kembali kepada perlawanan, terdapat beberapa prebiu dan ramalan pundit yang mengatakan Chelsea bakal sesak nafas dalam perlawanan ini. Ini berikutan persediaan pra musim Chelsea yang buruk dengan 4 kekalahan berturut-turut bermula dengan Ajax, Frankfurt, Hamburg dan Setan Merah yang kena ikat sempena bulan puasa.

Line up tanpa kelibat pemain-pemain baru seperti En. Yahudi 'semoga masuk Islam dgn keberkatan bulan Ramadhan' Benayoun dan Ramires, Chelsea turun dengan kembalinya Petr Cech daripada kecederaan dan Drogba turun walaupun dikatakan terdapat kecederaan.

Berpasangan dengan The Drog, adalah En. Abd Salam Bilal 'yang berusaha nak puasa tapi taktaula yangyuk ke tak' Anelka, ditunjangi Florent Malouda, Obi Mikel, Frank Lampard, Michael Essien, Ashley Cole, Paulo Ferreira, John Terry dan Alex. Chelsea yang telah pun menjual En. Riccy ke Real Madrid, meletakkan Branislav Ivanovic di bangku simpanan. Cb backup nampaknya bersandarkan kepada pemain muda seperti Jeffrey Bruma dan Michael Mancienne.

En. Robbie pula menurunkan Scott Carson, Gabriel Tamas, Pablo Ibanez, Marek Cech, Gonzalo Jara, Christ Brunt, Yussuf Menglembu, Roman 'bukan Abramovich' Bednar, Graham Dorrans, Jerome Thomas dan James 'Football Manager the next David Beckham' Morrison.

Gol pertama berpunca daripada sepakan percuma Drogba yang gagal ditangkap kemas oleh Carson, terus disambung oleh Mikel tetapi rembatan yang berjaya dihalang tetapi nasib malang, ia jatuh ke depan laluan Malouda yang terus merembat masuk untuk 1-0.

Beberapa serangan WBA dapat dihalang sehinggalah penghujung separuh masa pertama, Chelsea memanfaatkan sepakan percuma dengan jaringan Drogba. 2-0.

Separuh masa kedua, Chelsea terus menambah gol ke-3 dengan jaringan Drogba lagi. Kali ini, pemain-pemain WBA gagal mengeluarkan bola dari kawasan penalt berpunca dari sepakan sudut Malouda. Bola yang terus ditanduk Terry dihalang Carson, melantun ke Anelka yang mencuba tapi kali ini dihalang pula pertahanan. Tapi nak dijadikan cerita, ia terus ke depan Drogba yang terus merembat dengan kaki kiri. 3-0.

Seterusnya gol Frank Lampard. Gol ini agak fun dengan pemain-pemain Chelsea bertukar-tukar hantaran dengan sangat mudah dan santai. Bermula dari Drog hinggalah ke Ashley yang membuat hantaran pendek ke Lampard di dalam kawasan petak penalti lantas disempurnakan dengan mudah oleh Lampard.

Gol ke-5 pula adalah pelengkap hatrik kepada Drogba. Kali ini, dari luar kotak penalti, Drogba terus merembat padu yang terkena kepala pertahanan WBA lantas membias masuk ke dalam gol. Hatrik lagi buat Drogba. Adakah 'Kasut Emas' sekali lagi?

Mamat yahudi turut masuk menggantikan Lampard yang direhatkan, Ivanovic ganti Ferreira yang kad kuning dan Kalou ganti rakan senegaranya Drogba.

Sempat lagi Chelsea tambah gol ke-6 sumbangan Malouda yang memintas Carson lalu menyumbat ke dalam gol yang terbuka. 6-0.

Tamatlah sudah perlawanan. Nampaknya dah macam habit pula di bawah kendalian Carlo dengan gol-gol 4,5,6,7,8 biji ( game Wigan ). Stylo.




13 August 2010

Liga Maxx @ 1st Eleven kembali lagi


Liga fantasi utk season ini kembali lagi. Pada yang belum menyertai silalah berbuat demikian di :

http://www.fantasy.premierleague.com

setelah membina skuad anda, sila ke section League dan join dengan memasukkan kod ini :


1472456-290990

Good luck!



10 August 2010

Demam EPL dtg balik

Permulaan yang kurang memberangsangkan buat Chelsea. Tanpa kelibat muka-muka baru melainkan seorang Jew, memperlihatkan betapa perlunya Chelsea memperkuatkan barisan pemain.

Kemungkinan dengan kehadiran Ramires, sebagai direct replacement kepada Ballack atau Deco, memperkuatkan barisan tengah. Tetapi faktor usia tetap menghantui minda aku samada Drogba, Lampard atau Anelka can last the pace.

Sayugia diingatkan bahawa dengan perlawanan yang banyak, mana-mana skuad pun perlukan pemain yang banyak. Tetapi, Ancelotti, sehingga kini kelihatan hanya berpuas hati dengan pemain yang sedia ada. Kalau dulu peminat Chelsea boleh harapkan Stoch atau Sinclair untuk tampil, namun kedua-duanya telah pun dijual.

Sekali lagi, pelaburan membeli pemain-pemain muda gagal untuk memecah masuk skuad utama Chelsea.

Sekarang yang tinggal adalah :

1.Nemanja Matic
2.Franco di Santo
3.Fabio Borini
4.Gael Kakuta

Mampukah pemain-pemain ini diharapkan dapat memecah masuk skuad utama? Kali terakhir, hanya John Terry saja yang mampu. Ini menunjukkan akademi Chelsea masih di tahap yang lemah.

Apa-apa pun, semoga pemain yang sedia ada berjaya mengekalkan kecemerlangan musim yang lalu. Di sini, kesihatan Essien, Lampard dan Drogba adalah sangat penting untuk pasukan. Kalau nak diharapkan Kalou, memang kalout la jawab nya.

Prediction untuk 1st half of this season

1. Man City
2.Man Utd/Chelsea
3. Arsenal
4.Takda
5.Sukati korang

Good luck to all team!

09 August 2010

Piala Sumbangsih Liga Perdana Inggeris 2010/11

Waa...keputusan yang tidak mengejutkan langsung buat peminat-peminat bola sepak kat M'sia nih. 3-1 yang memihak kepada ManU adalah satu scoreline yg sangat predictable daripada Chelsea dan ManU. Mana taknya, pre-season match memanjang kalah je...


Jaringan-jaringan yg tidak dapat disangkal lagi (tanpa argue offside, faul, bentes belakang dll). Waa...pendatang baru pon nak skor jugak. Melalui perlawanan semalam, boleh kita lihat kepincangan barisan pemain Chelsea yg kurang mantap. Mungkin kecewa benar masa World Cup hari tuh. Macam biasa, England bukanlah satu team yg aku bajet bulih bagi saingan pon kat World Cup. Ditambah pulak dengan peminat-peminat BOOOO pemain-pemain England yg konon-kononnya tere nak mampos. Tgk la sapa yg skor..


Melalui game pertama ni, boleh aku simpulkan bahawa ManU macam biasa kuatnya team nih. Cuma Chelsea agak lemau. Tapi Chelsea nampak masih boleh memberikan saingan sengit dalam liga. Sturridge tu tetiba meletop. Tapi kalu lorongan maut dari Essien pon tak dapat settle kan tak guna jugak. Nasib la assist gol tuh. Benayoun pon bulih tahan jugak positioning tapi takdak nasib la. Mungkin masih kurang serasi dgn gaya permainan Chelsea. Lampard, Terry...? Goyang lebih. Tapi Ashley Cole agak mantap menjaga Valencia tapi kena kuar pulak di pertengahan second half. Last 10 minutes yg agak mantap...tapi perlawanan bola bukan 10 minit.


ManU plak aku bulih puji Valencia, Vidic, VDS and Scholes. Yg lain sume cam biasa je. Rooney...hancur beb. Ntah hape-hape main. Fernandes tu aku rasa bulih tahan je la. Takda la superb sangat seperti yg digembar-gemburkan macam dalam surat khabar. Mungkin masih baru lagi. Macam Benayoun gak, masih tak biasa dgn gaya permainan ManU.


Game
agak berat ke ManU. Attacking bagus sampai ke depan, mid pegang bola agak lekat, defend...OK la...berbanding Chelsea yg attacking sampai kat Vidic je. Mid pegang-pegang pass belakang. Pegi depan pastu patah balik. Ke depan lagi terus tumpul. Defend macam tak serasi sesama sendiri. Tapi nampak mcm diaorg nak push. Mungkin sebab tu kot defensive nampak kurang mantap.


p.s ~ 1st entry of the season.....

23 May 2010

Tahniah




Tahniah buat Inter dan Jose kerana menjuarai Champions League season ini. The third manager winning the CL with a diiferent club.

Tak ketinggalan, belum terlambat untuk ucapan tahniah buat peminat tegar Chelsea kerana meraikan Double untuk kali pertama. Cayalah!

Rumours : Torres ke Chelsea, Kun ke Chelsea, ntah mana yang betul, Chamakh masuk Arsenal, Villa masuk Barca, bla bla.

p/s : Mintak ampun gua jarang update. Salahkan kerjaya baru gua!

Selamat Hari Guru.. guru pembina negara bangsa



17 April 2010

Man to Man Battle: Episode 2 (City 0-1 United)

Sempt tgk game nih masa 2nd half...tak kesah la labu

Perghhhh...spt pertemuan sblm ni...sakit jantung aku tgk game nih.....

Walaupun tgh byk bende yg perlu disettlekan (Statement of Purpose, siapkan cepat oiii,deadline dh dekat,,sempat ke intake Fall ni!!!!insyaallah sempat...amiiinnnn).......tp ku layankan jua game classic derby nih...

From my POV, match kt old trafford lg gempak la...smpi tersujud2 ieyzard..tp kali ni, agak kurang adrenaline rush...ball possession 50-50..both team played well...both team missed some promising shot..tp agaknya Scholes di inspire oleh abg Owen utk menyumbat goal di minit2 terakhir masa tambahan 3mins (90:00+2:42) hasil cross yg cantekkk dr Evra ke dlm penalty box...headed goal at a very right angle....good judgement Scholes..


Tapi tak dilupakan juga those frightening moment kt dpn pintu goal,,effort by Bridge (90:00+1.29)..Vieira (from inswing corner from Bellamy 84:53)...

Adebayour juga ader gak cross yg cantek2...tp mungkin rambutnya yg semakin kembang menjadikan dia kurang berbisa pd game nih...

Abg Rooney plak aderla dragged from 12 yards to Giggs,, but it was a weak close shot yg di sambut dgn jayanya oleh Given (ni kompem dpt save nyer)

Ok...takat ni jer dpt tulis...gotta get back to work...

p/s: Our MU author Ieyzard masuk hospital,,,kemalangan terkena kaca membelah daging sampai urat putus dibhgn atas ankle...ciannye...sampai pengsan kat spital...skg dah stabil..dn dh discharge....semoga cepat sembuh...jgn ko nak gi main bola lak...kaki dah bengkak tu...nti kene beli kasut sebelah kaki saiz besar plak...hahahha...

08 April 2010

Semua out




Terima kasih buat ex player, Robben kerana memulangkan paku buah keras. Semua EPL out. Haha. Up to Jose now...

04 April 2010

Manu 0 - 1 Chelsea



Sorilah Manu. Langit tak selalunya cerah kat stadium sendiri. Stretford End yang konon-konon bising dan gamat pun tak berguna lagi.

Berdasarkan tajuk, kenapa aku kata Chelsea menang 1-0. Pada yang tak tahu, Chelsea menang 2-1 malam tadi. Gol dari Joe, Drog dan Kiko.

tapi...

Gol Drog ofsaid. Gol Kiko handball. Cancel out each other, jadilah 1-0.


Ref palat? jangan melatah. Both team tak dapat favor what.


1st. Park. Nampak macam dive tapi ada contact dari Zhirkov tak silap.
2nd. Bilal. Gary, suka-suka dia je langgar Bilal macam tu.
3rd. Berbatov. Sorrylah bro. Lampard tackle bola.
4th. Scholes. Deserve red card, tackle Malouda from behind.
5th. Gary juga patut kad merah. Kad kuning kedua. Tackle Deco dari belakang.


Reason kalah sebab Champ League, kami tak terima.
Reason kalah sebab No Rooney, kami pun tanpa Carvalho, Essien, Ashley dan Bosingwa/Ivanovic.



Akhir kata, 5 game lagi. Chelsea ada Liverpool dan Spurs.
Man Utd ada Spurs dan Man City.
Arsenal ada Spurs dan Man City.

Kita tunggu je cerita selanjutnya..


p/s : fuh, kalaulah Ferreira skor , lagilah haru. Haha..

28 March 2010

Seven heaven



woohoo.. jumps to the stars...

ini je update? kehkeh

23 March 2010

The Red battle (Devils 2- 1 Reds)

Hail Park, Hell yeah!!!
Hahahh...tak tgk mana pun game ni...susah tol klu org lain conquer TV nih..sempat tgk pun bbrp minit p'tama je...yg penalty Rooney pun tak sempat tgk...so live text bbc je la gamaknya...w/pun aku tetap berkobar2 utk mengeluarkan entry ni sbb 1st entry masa MU kalah ngn liverpool n erratic liverpool fans yg menjadi2 membuat kan ku ingin menamakan entry ni Revenge of the Red Devils.

Ok let see...

(5:00)
Belum sempat nk panas badan,, Torres ingin mengembalikan detik kemenangan Liverpool pd game yg lepas dgn memberi gol pembukaan from 6-yard inside the box...sakit jantung den time nih...tp jgn lupa,,United kembali dgn semangat dendam yang membara...

(10:00)
hahahha...ni die moment yg Benitez masih tak puas hati dan masih diperkatakan dlm setiap tulisan dimana2 sports column...kata Rafa' The way he fell just so strange,,if you look at the replay, it is suspicious seeing he DIVED in to earn that penalty"....Valencia dikatakan DIVED in utk dpt penalty yg diambil oleh abg Rooney...honestly, since aku x tgk part nih, so unfair utk aku comment or speculate..leave it to you guys yg lebih expert menganalisis la...hahhahaha...sure sume sokong Rafa nyer tu

Anyways, penalty dijayakan oleh Rooney utk menyamakn kedudukan...Goallllll!!!!!!!!(11;24)

Following this, few shots cuba dilakukan oleh Nani (28:19, 28:33) and Rooney, tp berjaya di block oleh Reina. Torres and Carragher lak kene booking (for unsporting behaviour and foul on Fletcher)..bengang lagi diorg nih...

Lps incident tak puas hati sesama sendiri, byk komplen lah diajukan kpd referee oleh Torres, Rafa, Rooney and Ferguson...almost nose-to-nose in between official Marriner..hahahah...well, here, if you have dofferent opinion, you just have to express them (especially Ferguson who seems to have his very own opinion in almost any technical area)...lantak korg la

(2nd half)
United might not at their best, time nih, but they managed to slice open the massed defence by Liverpool to lead the game..until after the 1st hour, Agger dpt free kick,,tp dgn canteknyer Fletcher deliver ball from right flank,,Park dgn beraninyer menanduk bola 6-yard inside the box melepasi kaki Glen Johnson and Reina!apelagi..GOALLLLL!!!!!!!!!!(59:25)

Bak kata ko taufik, terngiang2 lagu glory glory man utd kat telinga...hahhahahah

United yg tgh ignited tu melakukan cubaan, from Rooney, tp berjaya diselamatkan oleh Reina.

Klu ikutkan, ader masa yg Liverpool boleh je samakan kedudukan, especially the last minute of normal time, when Gerrard set up Torres for cross, but Torres missed it and lofted it to Benayoun..cuba nk bg shot...tapi, dgn adernyer makhluk keeper yg bernama van Der Sar,,sorry la beb,,lain kali je..

(90:00+5.00) Prreeeeeettttt...FT result MU 2-1 Liverpool

This game has made United returns to the League summit, dgn 2-mata dihadapan Gunners..so Liverpool, top 4 league?kata Taylor Swift "Today was a fairytale"....

11 March 2010

United mara ke suku akhir Champions League (Man U 4 - 0 AC Milan)

Game ni tgk highlight je...

My self-proclaim highlight of the game is none other than...David Beckham
Welcome home Beckham...itulah yg tertulis di banner2 yg dipegang oleh penonton di Old Trafford....

The scarf? ... well according to Beckham "I'm a Man U fan, its the old colors of United, that's all i knew"...ok so he didnt mean to protest anything against the Glazer family.

Anyway,, Beckham hanya disenaraikan di bench je..di bawa masuk pd min ke 60+(with a rupturous reception he received from the supporters)...although tiada gol berjaya dijaringkan in that 27-min cameo...Beckham masih mempamerkan his trademark crosses and full-blooded volley menghala direct ke VDS.

Kata Beckham,,,It is dissapointing to lose this game, but if this is my last apperance in Old Trafford, i'll take the memory of the fans with me"....aaawwwww...thats so sweet... we love you Beckham...always do...


Kejayaan MU pulak dicetuskan oleh Rooney!!!woohooo !!!seawal minit ke-13...headed gol from inside the penalty box....dan sekali lagi pd minit-45 from penalty area low middle into the goal..cayalah....
well according to PaulMcnulty,,the first half both team played an equal match,,,MU nyer performance lebih bagus dlm 2nd half...Great credit diberikan kpd Nani dgn inviting cross yg dilakukan from left flank to incoming Rooney to steer past Abbiati...

Tgh Beckham nk memanaskan diri utk masuk padang...Park Ji-Sung sempat menyumbat gol ke3 United to the bottom left corner....Goal!!!!!(58:43)

Dan penyudahan pada minit ke 86...mmg gol yg sgt bergaya from Fletcher dgn bantuan Rafael de Silva...my fave gol showcase la so far!!!!wow!!!


My personal pick man-of-the-match: Wayne Rooney....hail Rooney!!!!
Even Beckam hailed him as on of the best players in the world....an exceptional performance...Rooney jugak melengkapkan koleksi gol peribadi ke-30 dlm game ni...nmpknya menyahut cabaran Sir Alex to surpass koleksi gol Ronaldo sebyk 42 gol spjg musim 2007-08...

Way to go!!!!Glory Man United!!