20 December 2009

Wounded Devil? An Analysis.

Semalam, buat kali ke-2 dalam 1 minggu MU kalah…

Last week kalah ngn Villa, this week ngan Fulham lak.

Ape sudah jadik??

Berikut adalah beberapa punca kekalahan yang kami kenalpasti:

1) Injury Problem.

Kami kehilangan sebahagian besar dari pemain 1st Eleven terutamanya di bahagian pertahanan seperti Van der Sar, Ferdinand, Neville, Vidic, Brown, O’Shea, Giggs.

Hal ini amat membimbangkan kerana sekali lagi kami terpaksa meletakkan makeshift defender iaitu Fletcher, Carrick dan permain muda mentah De Laet. Mereka kelihatan tidak berasa selesa kerana bermain di luar bidang kepakaran mereka.

We are struggling at the back...

2) Missing Ronaldo & Tevez.

Ya. Harus kami akui, kami banyak bergantung kepada Ronaldo & Tevez semenjak beberapa tahun lalu, untuk menjaringkan gol. Ronaldo banyak membantu kami dikala kami sangat-sangat memerlukan gol & Carlos “Terrier” Tevez banyak membuat larian kesana kemari untuk mencipta peluang.

Pemergian Ronaldo memang tak boleh dielakkan lagi kerana adalah impiannya sejak kecil untuk bermain dengan Galacticos plus kami mendapat duit yang sangat banyak dari perpindahan tersebut. Namun begitu, seharusnya kami masih dapat mengekalkan khidmat Tevez, tetapi Ferguson merasakan harga 25mill pound adalah mahal dan tidak berbaloi!

Arghhh budusss..

3) Rooney, Berbatov & Owen’s Goalscoring Ability.


Rooney bukanlah seorang regular goalscorer yang mempunyai killer instinct yang tajam seperti Nistelrooy. Bagi aku, Rooney penting buat United kerana dia amat rajin dan banyak membantu bahagian tengah mencipta serangan, tetapi bukan seorang penyerang yang baik.

Berbatov pula dikatakan tertekan dengan price tag yang mahal menyebabkan dia tidak dapat menjaringkan gol seperti ketika di Leverkuson dan Totenham. Owen pula sudah melepasi zaman kegemilangannya.

So, for me, we need a STRIKER that can really SCORE!

4) On Form Opponent.

Villa dengan Milner, Agbonlahor dan Dunne & Fulham dengan Zamora, Duff, Murphy dan Gera sedang berada dalam keadaan terbaik dikala MU mengalami masalah kecederaan yang teruk.

Villa sekarang dalam kelompok Big 4 & Fulham dijangka bakal merangkul piala Europa hehehe..

Kesimpulan:

Memang MU bermain sangat teruk sekarang & deserve to lose.

P/S: Sape kata kem MU takde post masa kalah? Ni ada nih.. hahahahaha.....

Plus aku ubah susunan team kat sidebar sebelah kiri nie mengikut ranking table... Baru adil beb.. hehehe..

8 comments:

Encik Bebo said...

tumpang tanya...ada nampak encik insten klasik tak?kahkahkah

medihebat said...

man u sangat fragile tanpa 1st team defender...injury...chelsea..? apehal plak seri...?

meor-name-depan-ku said...

kehilangan ronal dan tevez...memang faktor utama...

perubahan sesuatu yang memeritkan..

cube test brenti rokok...perit x??

Instant Classic said...

kompom ada. jgn bimbang. gua x muncul bila menang je

mAxx said...

hehe..okay gak kalau injured sampai abis season

Encik Bebo said...

entah bila team lu menang...kalah je memanjang.kahkahkahkahkah!!!go pompey!!!

Instant Classic said...

go sunderland. kahkahkah

Rini said...

teori no 3 tu, gamba2 sgt menarik. hoho