04 December 2009

Rangkuman Europa League




Fulham meneruskan sisa-sisa perjuangan untuk terus layak ke peringkat seterusnya dengan menewaskan CSKA Sofia 1-0, hasil jaringan Zoltan Gera. Ini bermakna Fulham akan layak sekiranya menang ke atas FC Basel.

Roma menang ke atas FC Basel 2-1, selepas ketinggalan kepada jaringan Benjamin Huggel, Roma bangkit dengan gol Francesco Totti dan Marko Vucinic. Roma hanya memerlukan 1 mata saja untuk ke peringkat seterusnya.

Jaringan sendiri Tomas Repka pula menghadiahkan kemenangan 1-0 PSV ke atas Sparta Prague. Kemenangan ini mengesahkan PSV juara kumpulan di atas Copenhagen dan Sparta Prague yang berkongsi 7 mata.

Werder Bremen yang sudah layak pula mengekalkan rentak kemenangan dengan menang 4-1 ke atas Nacional. Gol dijaringkan oleh Markus Rosenberg 2 biji, Marcelo Moreno dan Marko Marin manakala gol Nacional oleh Ruben Nicael.

Rangkuman keputusan perlawanan

Fulham 1-0 CSKA Sofia (Gera)
Roma 2-1 FC Basel (Totti,Vucinic-Huggel)
Sporting Lisbon 1-1 Heerenveen(Grimi-Assaidi)
Hertha Berlin 1-0 FC Ventspils (Raffael)
Galatasaray 1-0 Panathinaikos (Mustafa)
Dinamo Bucharest 2-1 Sturm Graz (Marius Niculae 2-Sonnleitner)
Toulouse 1-0 Partizan Belgrade (Braaten)
Club Brugge 0-0 Shakhtar Donetsk
FC Copenhagen 2-0 CFR Cluj (Vingaard, N'doye)
PSV 1-0 Sparta Prague (Repka o.g)
Werder Bremen 4-1 Nacional (Rosenberg 2,Moreno,Marin-Nicael)
Athletic Bilbao 3-0 Austria Vienna (San Jose,Llorente2)

3 comments:

mAxx said...

mana ilang don camarro? roma menang ni

Rini said...

btul gak. lama dia ilang

Instant Classic said...

erm..liga italy diabaikan. merajuk kot dia hehe