16 December 2009

Rangkuman BPL Selasa



Aston Villa terus membuktikan diri sebagai ahli 'Big 4' berbanding satu kelab serba merah itu, apabila mengekalkan rentak kemenangan di tempat lawan, kali ini dengan membenam Sunderland 2-0.

Kuda tonggek, Emile Heskey dengan tiba-tiba bijak mencari jaring gol apabila menyambung hantaran James Milner untuk gol pertama pada min 24. James Milner sendiri menjaringkan gol ke 2 dengan rembatan ala roket pada min ke 61 untuk memberi amaran buat Capello.

Manakala Ashley Young dan Stewart Downing pula masing-masing merembat tiang, Andy Reid terlepas peluang buat Sunderland, dan Lorik Cana dari Sunderland pula dibuang padang kerana kad kuning kedua.



Bolton, berjaya melepaskan diri dari zon penyingkiran dengan kemenangan 3-1 ke atas West Ham di Stadium Reebok, terima kasih kepada kesilapan bodoh penjaga gol West Ham, Robert Green.

Gol-gol Bolton dijaringkan oleh Lee Chung Yong, Ivan Klasnic dan Gary Cahill,manakala gol West Ham pula dari Alessandro Diamanti. Kemenangan in membolehkan Bolton naik ke tangga 17 liga. Manakala West Ham pula jatuh ke ceruk 19 liga.




Manakala di St. Andrews, Birmingham melakukan rekod baru kelab, apabila berjaya menang kali ke 5 berturut-turut kali pertama dalam sejarah, sejak 36 tahun yang lalu.

Cameron Jerome buat-buat hebat apabila menjaringkan 2 gol pada min ke 12 dan min 42, manakala kapten New Zealand, Ryan Nelsen menjaringkan gol buat Blackburn.




Di Trafford Tua pula, Kesatuan Manchester Setan Merah pula terkedek-kedek menyamai mata dengan the Blues, apabila diberikan hadiah oleh Mick McCarthy, pengurus Wolves kerana menurunkan skuad kedua,tidak sepertimana skuad yang menang dengan Spurs kelmarin.Mick McCarthy membuat 10 pertukaran pemain,sedangkan perlawanan seterusnya masih 5 hari lagi.Adakah ini satu rasuah krismas buat Alex Ferguson yang mengendalikan game yang ke 900 dalam kerjayanya bersama Manchester United, ataupun ia satu penghinaan buat United, kita tidak pasti.

Apapun, gol-gol dari Wayne Rooney, Nemanja Vidic dan Antonio Valencia, memberikan harapan palsu buat United untuk sama level dengan Chelsea.

Manakala di pihak peminat Wolves pula, mereka melaungkan slogan seperti "kami nak duit kami balik","di mana 1st eleven kita" dan "40 pound untuk melihat pemain simpanan" kedengaran sepanjang perlawanan.



Sekian dari saya, bukan Karam Singh Walia, juga bukan untuk TV3.

10 comments:

Instant Classic said...

uih..camne gua leh x perasan ada game..

liverpool x main ye?

mAxx said...

gua pun x pasan dude

Taufik Latef said...

Cett...

Aku tgk game MU semalam... hahah

Wolves turunkan 2nd team bukan sebab rasuah & bukan jugak hadiah krismas..

Sebabnya diorg mmg rasa kompem kalah... Nak buat ape letak 1st team.. Menambah kan injury list jek hahahhaha...

Pagi esok mau tgk Chelsea kalah lak hahhahahhaa....

eddie dewanaga said...

Chelsea jumpa Portsmouth, dihalaman sendiri...

saja ESPN dgn StarSports tak ambik game Chelsea untuk live telecast, saja biarkan fans Man Utd. bermimpi lagi dan lagi...



biarkan.

HafizChan said...

Bagus tindakan Mick Marcharthy

Alang2 tahu nak kalah, kasik reserve je main. ahaha

mAxx said...

@taufik - mimpi je la

medihebat said...

arsenal seri

Instant Classic said...

kahkahkahkah

mAxx said...

ya taufik mimpi basah..hehe

Rini said...

hoho