17 December 2009

Rangkuman BPL Rabu, World Club Cup, Europa League

Europa League


Bobby Zamora menjadi hero buat Fulham apabila menjaringkan 2 gol untuk membawa Fulham menang 3-2 ke atas FC Basel, seterusnya layak ke pusingan kalah mati Europa League. Adakah ini bermakna Liverpool bakal kempunan Europa League dan seterusnya bakal menyaksikan Rafa dipecat, Gerres ( bak kata Instant Classic) request transfer? 1 lagi gol Fulham adalah dari Zoltan Gera. Manakala gol FC Basel adalah dari Alexander Frei dan Marco Streller.


Keputusan Europa League lain

Hertha Berlin 1-0 Sporting Lisbon
CSKA Sofia 0-3 AS Roma
Heerenveen 5-0 Ventspils
Panathinaikos 3-0 Dinamo Bucharest
Sturm Graz 1-0 Galatasaray
Club Brugge 1-0 Toulouse
Partiza Belgrade 1-0 Shakhtar Donestk
CFR Cluj 0-2 PSV
Sparta Prague 0-3 FC Copenhagen
Athletic Bilbao 0-3 Werder Bremen
Nacional de Madeira 5-1 Austria Vienna


Club World Cup



Barcelona, layak ke Final Club World Cup apabila menang ke atas Atlante 3-1. Ini meneruskan perjuangan mereka untuk sapu semua piala yang available pada 2009, bermakna Club World Cup adalah bakal piala yang ke-6.

Gol dari Lionel Messi, Sergio Busquets dan Pedro Rodriguez membantu Barca menang manakala gol dari Guillermo Rojas adalah saguhati buat Atlante.

Pedro sendiri mencipta sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan gol dalam 6 kejohanan yang berlainan dalam satu musim. Pedro telah menjaringkan gol dalam La Liga, Champions League, Copa del Rey,Spanish Super Cup, European Super Cup dan kali ini Club World Cup.


Barclay Premier League


Niko Kranjcar(2) dan Jermaine Dofoe masing-masing menjaringkan gol buat Tottenham Hotspur untuk membenam keegoan skuad Mark Hughes,yakni Manchester City 3-0 seterusnya kembali menghidupkan peluang menjadi ahli 'Big 4'.



Di Turf Moor pula, Arsenal mengambil giliran untuk keciciran mata selepas menang pada Ahad lalu. Kali ini, Arsenal sesatunya kelab besar yang gagal menang. Selepas gol dari Cesc Fabregas, Burnley yang terkenal kerana menang dengan M.United, kembali menyamakan kedudukan menerusi orang tua Graham Alexander untuk 1-1. Selepas itu, mereka bertanding siapa lagi hebat sepak tiang, ternyata Burnley menang dengan 2 kali ke tiang dengan berbalas 1 dari Arsenal.



Akhirnya di Anfield, Liverpool kembali menang setelah menewaskan Wigan 2-1 dan seterusnya mengukir senyuman pada wajah Instant Classic buat seketika. Setelah dibahan kerana tewas kepada Arsenal, ini adalah peluang terbaik beliau untuk memulangkan paku buah keras. Terima kasih diucapkan pada Davin Bongog dan Fernando Torres.


Di Jambatan Stamford pula, skuad Chelsea turun tanpa Didier Drogba yang diberitakan sakit belakang. Setelah 4 game berturut-turut tidak menang (Blackburn,Manchester City,APOEL Nicosia,Everton) Chelsea kembali bangkit dengan kemenangan 2-1 ke atas Portsmouth. Setelah jaringan Bilal, Chelsea kembali goyah dengan set piece apabila sekali lagi nasib tidak menyebelahi mereka. Sepakan percuma yang terkena benteng elok-elok saja saja jatuh ke kaki Piquionne untuk gol penyamaan. Namun, skrip berubah setelah Branislav Ivanovic dijatuhkan oleh Marc Wilson, Chelsea telah dianugerahkan penalti yang seterusnya disempurnakan oleh Frank Lampard. Ini mengembalikan kedudukan Chelsea di atas liga kembali dengan kelebihan 3 mata.


Sekian dari saya sekali lagi untuk berita 1st Eleven.


8 comments:

Encik Bebo said...

t.a.i.k...

Instant Classic said...

kahkahkahkahkah

mAxx said...

haha...kembalik 3 mata

Taufik Latef said...

Ape daa Gunners..

Beli la striker baru.. heheh..

Berbatov mau? Spesel offer hahahha

hilmi zulkifli said...

sila beli edin dzeko

Encik Bebo said...

kami mau zaquan adha.sebab dia lagi kacak drpd david ngog.

mAxx said...

beli r..pe lg..leh r buat cam beckham-victoria..zaquan-rita

haha

Instant Classic said...

kahkahkahkah