
ini bukan Winning Eleven
Penyerang : Norshahrul Idlan (MyTeam) , Abdul Manaf (Terengganu).
Tengah : Safiq Rahim (KL Plus), Gurusamy (Harimau Muda?), Kunalan (N.Sembilan), Baddrol Bakhtiar ( Kedah)
Pertahanan : Sabre Mat Abu (Kedah), Aidil Zafuan (N.Sembilan), Muslim Ahmad (Harimau Muda), Nashriq Baharom (Selangor).
Penjaga gol : Sharbinee (Terengganu)
Persoalan
Hebat sangatkah Laos sehingga mampu juarai kumpulan satu lagi tu? Apa cerita dengan Indonesia dan Singapura yang berlagak tu? Perlukan awang afrika kot? Sebab format bawah 23, tak dapat pakai Mustafic ,Shi Jiayi,Precious,Ittimi Dickson,Agu Casmir dan ntah siapa-siapa lagi yang bakal menyusul. Banggakah menang Tiger Cup atau nama barunya AFF Suzuki Cup kalau yang main, berkulit hitam? Kalau yang hitam tu Sundram Moorthy takpalah juga, ini mamat Nigeria yang main. Hoho.
Tak kisahlah, semestinya Laos sudah hebat sekarang ini. Takkanlah juara kumpulan nasib semata-mata. Bak kata Hj Hasbullah Awang, Laos menang 2-0 dengan Indonesia, 0-0 dengan Singapura. Hebat juga. Melihat ayam tambatannya Lamnao tu pun boleh tahan juga. Lincah.
Pemain Malaysia.
Hebat juga permainan Gurusamy di tengah. Guru lah katakan. Mestilah up sikit. Tapi memang aku expect diorang ni boleh pergi jauh pada Sukan SEA kali ini, sebab team ni lah yang membuatkan Setan Merah terberak haritu. Bezanya kali ini tak adalah kelibat Amri Yahyah, yang diakui Taufik Latef, kenal mamat tu hanya selepas skor lawan kelab yang disokongnya itu. Sedih bukan? Terberak VdS dan Ben Foster.
Permainan Norshahrul boleh tahan juga. Diberitakan akan berpindah ke Kelantan. Hairudin Omar pun masuk Kelantan. Bajet hebat lah tu Kelantan? haha.
Kunalan juga agak rajin. Walaupun hantaran lintang kadang-kadang cam main ragbi. Baddrol pula ala kadar aja sebenarnya walaupun skor 2. Gol pertama dia gunting tu. Nak showboating atau apa, aku pun tak tahu.
Safiq, hidup juga. Skor gol ke 3. Hasil kerja keras Norshahrul, carbon copy gol kemenangan lawan Thailan tempohari.
Tanpa Fakri dan Zaquan, boleh tahan juga penyerang kita. Penjaga gol pula, sepatutnya boleh tepis bola tadi tu. Sepatutnya pakai 2 tangan, mungkin nak buat gempak, dia pakai 1 tangan.
Taktik permainan Rajagopal boleh tahan juga. Penguasaan bola tengah yang sangat penting. Enjin yang bagus. Tetapi inilah masalah utama Malaysia. Bila dah up, mula kendurkan permainan. Dah kurangkan serangan. Normal lah, mana-mana game pun. Kalau main defensive ni, tunggu masa je pihak lawan nak skor. Nasib baik mentaliti biasa Malaysia yang cepat putus asa tak ada dalam skrip perlawanan tadi.
Kesimpulan
Biasalah, Malaysia ni pantang dipuji, nanti naik tocang. Tu pasal jangan diberi muka sangat. Tapi kesianlah juga, dah lama sangat tak tengok senyuman bolasepak Malaysia ni. Last emas pun tahun 89, last final pula 2001 kot. Perak dalam tangan. Moga cahayanya bertukar menjadi emas. Jangan pula kalau menang emas, bagi gelaran datuk. Ini bukan Olimpik macam Datuk LCW. Haha. Apa-apa hal pun jangan lupa perlawanan akhir nanti menentang Vietnam Khamis ini, 6 petang waktu kita.
Adios.
p/s : Best juga kalau jumpa Singapura di Final. Tapi apakan daya, mereka bodoh. Hehe.
13 comments:
Lawan Laos je pom
SUsah gila nak menang...
Bila nak maju bola Malaysia ni
Haish
kita kena mula dari zero..
kita mula seolah2 kita cam fotballin nation..
kita tiru brazil..
main dr lahir...
ataupu kita kena miskin dulu mcm dorang kot?
huhu
kita ada facility kelas dunia, kita ada tajaan yg tak lokek, kita ada peminat2 yg selalu memuji dan mengeji, kita ada blogger yg betul2 gila sukan ini dan bersedia untuk menyebar berita kehebatan setiap pemain....
cuma kita mau pemain kita ada mental sekeras player antarabangsa.
kenapa tak mau tiru mokhtar?
naik basikal setiap hari..
sepak bola berjam2..
skill byk pun xguna kalau fitness hancur, fizikal lembik dan pace takde..
mokhtar..peha cam kerbau balar..laju x hingat..dribble sambil bawak bola pun xde hal
Cet..
Kata aku tatau player Malaysia?
Safiq Rahim tu player Selangor la... Selangor dah beli dia...
See aku tau player Malaysia! mukakakka...
p/s: aku suke Gurusamy... Aku harap Selangor beli dia... Main DM sgt efektif hahahahha...
hehe..tu season baru.. aku pun tau.. sbb tu aku tulis norshahrul tu myteam..padahal masuk kelantan
1 Malaysia!!
Baddrol tu memula aku ingat BADOROL..
Nama kt baju tu x jelas or spek aku dah kurang power...
So sepanjang game aku panggil dia Bado-gol...
Sekali BADDROL, double D daaaaa...
Anyway, BADOGOL pun ok gak sebab dia suke GOL hahahahha...
esok, emas bakal menyinar..
atau, harapan je
singapura memang bodoh bro..haha
haha..btul3
Marilah kita sokong team Malaysia malam nie....
Berikan sokongan padu walau dirumah..
Kalau menang kite celebrate..
Kerajaan Malaysia, kami mau cuti hari Isnin depan hahahahhaa..
Tapi bersiap sedia untuk maki bila kalah hahahhhahaa...
ini bukan winning eleven
Post a Comment