17 December 2009

Emas sempena Doa akhir tahun dan awal tahun




Mukadimah.

Menunggu sepak mula acara perlawanan akhir ini, berdebar juga rasa. Jarang betul nak berdebar pasal Malaysia, apatah lagi bolasepak. Paling berdebar pun kalau melibatkan badminton. Tapi dengan tidak semena-mena, tahun 2009 menjanjikan kelainan. Malaysia layak ke perlawanan akhir , yang kali terakhir pada 2001 , tewas kepada Thailand. Keajaiban awal Muharram.

Sejak pukul 5.30 petang lagi, aku tak sudah-sudah picit butang info pada kawalan jauh astro. Tengok TV2 ada siaran langsung, begitu juga TV3. Dan-dan ada 2 siaran langsung. Dah kena warning dengan Shabery Cheek baru nak terngadah. Politik betul la!

TV2 lebih awal membuat liputan, dengan lintas langsung dari Canai Cafe(lupa di mana) dan ss15 Subang Jaya. Manakala di TV3 pula, belum mula lagi. Apa yang terpapar adalah Adibah Noor terkinja-kinja menyanyi 'Kau di hati'.


Sepakmula.

Tepat pukul 6.00 petang, perlawanan dimulakan. Aku memilih TV2, sebab stylo lagi Hj Hasbullah Awang dari si Zainal Abas tu. Tak suka aku. Malaysia bermula dengan pemain yang sama, kecuali S.Kunalan bermain di kiri manakala Baddrol Bahtiar di belah kanan.

Permulaan yang agak hambar. Tak tahu Malaysia main taktik apa. Tengah didominasi oleh Vietnam. Malaysia langsung tak boleh kawal lama. Pegang sikit nescaya dirampas.

Vietnam dengan 1 percubaan bahaya menerusi tandukan yang menyaksikan Sharbinee melayang terbang menyelamatkan bola. Cuak aku. Mak aku pun dah bising-bising. Haha.

Pendekkan cerita, separuh masa pertama memang tiada gerakan menarik dari Malaysia. Syukur juga Vietnam walaupun pegang lebih, tiada cubaan bahaya.


Separuh masa kedua.

Sepakmula, terus Malaysia menyerang dari kiri. S.Kunalan melakukan percubaan dari kiri. Nampaknya tempo Malaysia kali ini lebih laju. Petanda baik!

Kemudian Gurusamy melakukan percubaan dari jauh. Tersasar sedikit. Malaysia makin menggandakan asakan, begitu juga Vietnam yang banyak melakukan serangan dari ketua pasukan mereka tak tahu nama apa.

Norshahrul dan Ahmad Fakri semakin berbahaya. Kebanyakan serangan Malaysia lolos di sebelah kanan. Banyak larian kanan Malaysia lepas. Hantarang lintang yang berbahaya dari belah kanan hampir 2,3 kali menghasilkan gol. Tandukan tinggi sedikit atas palang dari Fakri, tandukan dari Nasriq dari sepakan sudut, dan kelam kabut di depan gol yang hampir-hampir meletakkan Malaysia di depan. Norshahrul bijak mengelilingi penjaga gol,melakukan percubaan tapi dapat disekat pertahanan Vietnam di atas garisan. Argh!

Penjaga gol Vietnam pula, dengan kehenseman tahap Brad Pitt 2,3 kali juga terbaring sakit bahu. Frust tengok! dan yang paling frust pula, sudah tentu penjaga gol simpanan Vietnam yang 2,3 kali juga stretching tapi tak masuk-masuk jugak. Manakala Carlisto ke ntah nama manager Vietnam kelihatan cuba menelan liur kerana diberitakan berlagak sebelum perlawanan kerana gembira tidak berjumpa Thailand di final.

Dan akhirnya pada min 83, setelah percubaan hasil lorongan Azmi Muslim ke Norshahrul dapat ditepis, bola yang pada mulanya 'miscue' oleh Safiq Rahim, dikutip kembali, lantas melakukan hantaran lintang yang rasanya disambung sedikit Norshahrul lantas terkena pertahanan ataupun penjaga gol, terus menerjah jaring. GOLLLL!!!! Wahaha. Ambik ubat manager Vietnam!

Sehinggalah 90 min dan 6 min masa tambahan, wisel ditiup.yeah, Malaysia menang emas!! Dan terpampang peminat-peminat melonjak bersorakan dan menitiskan air mata. Part paling aku benci, nak jugak tunjuk muka-muka politik kat atas tu. Arghh.


Penutup.

Apa-apa hal pun, tahniah buat pemain Malaysia. Jangan ego selepas ini. Kerana, aku lebih puas hati kalau kita kalahkan Singapura yang penuh orang luar tu masa Tiger Cup nanti. Cayok!!

Mari kita berpesta di jalanan. Macam kat negara luar pulak. Haha.


Adios.


9 comments:

meor-name-depan-ku said...

Raikanlah saat bagaikan hidup dan mati seorang.....MALAYSIA!!!!

mAxx said...

yeah...idop msia..

Encik Bebo said...

oi oi mana boleh berpesta di jalanan.nanti kena kejar dengan FRU.

mAxx said...

fru x kejar.. anjing je kejar

Encik Bebo said...

ooo..anjing kerajaan.betul3

Amjat said...

Bukan canai cafe tu kat ss15 ke? kalau salah,sile maafkan...

mAxx said...

aku pun xsure la sang pemimpi...agaknya la

Instant Classic said...

tahniah sultan ahmad shah. haha

Rini said...

oit. bodek ka