- Aku sebagai seorang yang bukan penyimpan mohor besar raja-raja, ingin mengumumkan kenaikan pangkat ke tahap admin kepada medihebat, Taufik Latef dan Rini kerana menjalankan tugasan dengan penuh amanah. Kepada yang lain, anda tak cukup aktif lagi nak naik pangkat. Sila-silalah lebih aktif.
- Terpulang kepada admin untuk menjemput orang lain menjadi author di sini. Tapi sila maklumkan aku dulu untuk dibuat tapisan.
- Kem Chelsea rasanya sudah okay. Terpulang kepada Taufik Latef untuk rekruit author untuk kem Man Utd. Untuk kem Liverpool dan Arsenal, sila maklumkan aku kalau ada penambahan.
- Tentang kewujudan kem-kem lain yang misteri seperti Leeds dan Newcastle, aku juga masih tertanya-tanya seperti korang jugak. Adakah hilmi zulkifli pak pacak? Still menanti entry pertama dr Sir illism dr NUFC.
- Jika ada terserempak dengan peminat kelab lain seperti peminat Sunderland atau Notts County, jangan segan silu untuk majukan ke sini. Tak lupa juga kelab dari La Liga dan Serie A, dan kelab-kelab yang lain.
- Para admin juga berkemungkinan akan dilucutkan kembali jika tidak aktif, tiada entry dan juga komen-komen. Author yang lain juga berpeluang naik ke admin jika anda contribute more.
- Para author diharapkan dapat mengawal perasaan ketika mengarang. Jangan masukkan isu-isu sensitif seperti agama, warna kulit dan hak-hak keistimewaan orang melayu di sini.
- Selamat membaca dan berhibur. Bergaduh pun boleh juga tapi jangan personal attack yer.
Adios.
5 comments:
aku rasa tersisih...
kau aktif mengkomen...cuba lagi di keluaran yg akan datang...
haha.. kem arsenal. sila majukan kem anda. sudah berhabuk
hoi.. aku x naik pangkat ke
aku byk kontribut pe
tq bos
Post a Comment