Salam Khamis. Sepertimana yang sudah-sudah, hari Khamis memang hari yang suram buat peminat bola sepak seluruh dunia. Kecuali berlangsungnya match game untuk Europa League,itu pun untuk memenuhi jadual siaran langsung(Selasa dan Rabu UCL dah bolot) kalau tidak, memang jarang perlawanan diadakan pada hari Khamis. Manakala kelab-kelab yang terlibat untuk Europa League pun tak suka sebenarnya mahu main pada hari Khamis. Yalah, hari Sabtu atau Ahad nak kena main lagi. Memang parah.
Jadi, seraya mengambil kesempatan atas kesuraman hari Khamis ini, saya ingin memajukan perspektif mengenai bolasepak tempatan. Yalah. Memang jarang 1st Eleven© melontarkan komentar mengenai Liga Malaysia. Kali ini biar saya mengambil sedikit peluang ini untuk memajukan sedikit pandangan sepi saya mengenai halatuju bolasepak Malaysia.
Pertama sekali, ucapan tahniah dari saya buat skuad Negeri Sembilan yang telah berjaya memenangi Piala Malaysia 2009. Kita lupakan sementara apa yang telah berlaku di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih baik sekiranya kita lihat pada aspek positif. Apa yang saya lihat, tak kiralah sehambar mana liga kita pun, sambutan final Piala Malaysia memang tak pernah surut tak kiralah negeri mana yang bertempur. Itulah semangat yang perlu dicontohi tetapi segelintir peminat yang terlampau taksub telah meyebabkan perkara yang positif ditenggelami begitu saja.
Taksub atau fanatik. Apakah kepentingannya dalam bolasepak? Tidak dinafikan, peminat fanatik mewarnai dunia bolasepak tetapi ia seringkali berkisar mengenai gejala negatif. Vandalisme, membakar mercun, bakar bendera, maki hamun dan tohmahan selalunya datang dari golongan yang fanatik ini. Kan elok sekiranya fanatik itu tidak diselangi perkara tersebut bahkan ia patut dihiasi dengan nyanyian, paluan gendang dan sebagainya.
Saya lebih suka pandang ke timur, sebab barat ni lagi setan dari kita.Kita lihat saja Liga Jepun. Saya akui memang cemburukan para penyokong kelab-kelab di Liga Jepun. Stadium yang penuh, peminat yang hadir rata-rata memakai jersi pasukan ataupun paling tidak memakai baju yang mempunyai warna yang sama dengan pasukan, banner-banner dan bendera gergasi yang meniup semangat, penyokongnya pula mengecat muka, memakai bandana dan selempang, mereka menyanyi penuh semangat dan membuat aksi-aksi yang menggerunkan pasukan pelawat seperti mengangkat tangan, tabik, ombak mexico dan sebagainya. Alangkah indahnya ia berlaku di Malaysia, bukan saya katakan ia tidak berlaku, tetapi ia tidak konsisten. Boleh dikatakan negeri yang mempunyai penonton yang boleh menggetarkan lawan cuma dari Selangor, Kedah dan Perak. Baru-baru ini saja kita lihat kebangkitan Kelantan, cuma ia dipandang lewa saja kerana sikap yang ditonjolkan mereka itu. Mungkin mereka mencontohi pengaruh yang salah seperti Liga Turki dan Liga Argentina yang mana memang menggerunkan tetapi mereka lebih ke arah hooligan. Maaf terasa kalau ada pembaca yang berdarah turki dan Argentina.

beginilah suasana J-League
Seterusnya kita lihat pengurusan Liga Malaysia. Pertama sekali, kita memang tersilap langkah dari awal lagi. Kalau kita lihat pada awal penubuhan liga Malaysia yang ketika itu semi-pro. Maksud semi-pro ialah pemain bolasepak mempunyai pekerjaan yang lain seperti pekerja bank dan sebagainya. Ramai yang tersalah sangka mengenai apa itu pro sebenarnya. Sememangnya pro itu hanyalah berdasarkan status pekerjaan sahaja sedangkan sikap pro itu masih jauh lagi dalam pemain bolasepak tempatan. Kembali pada awal penubuhan. Kelab yang terlibat adalah kelab-kelab berdasarkan negeri-negeri di Malaysia. Kalau diikutkan memamg penubuhan berdasarkan negeri adalah kearah keefisyenan dalam pentadbiran dan pengurusan. Tetapi sebenarnya kita telah rugi dalam jumlah penyertaan dalam liga. Hanya 14 buah negeri yang terlibat. Terlalu sedikit. Kemudian ditambahkan penyertaan Polis, Tentera dan kelab-kelab negeri dan swasta seperti Johor FC dan kelab-kelab yang telah pupus seperti MPPJ, Melaka TMFC, MK Land dan sebagainya.
Kenapa kelab-kelab seperti ini telah pupus? Jawapannya adalah kewangan. Kita lihat senario MPPJ, kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia. Logikkah sebuah kelab yang mampu memenangi piala yang palih gah di negara kita ini telah pupus? Pada ketika ia mewah, mereka telah berhabisan membeli player-player yang agak ternama di Malaysia sehingga digelarkan Chelsea Malaysia(pada ketika ini Pahang pula digelar Real Madrid Malaysia). Wang yang diboroskan terlalu banyak sehingga pihak pengurusan tidak mampu membayar gaji para pemain dan staf sendiri dan akhirnya, kelab MPPJ dibubarkan. Amatlah sayang sekali.
Pada saya, kenapa semua ini terjadi. Kita ketepikan soal boros, tetapi yang lebih penting adalah janaan wang masuk. Kita sedia maklum, janaan wang masuk sebagai punca pendapatan persatuan adalah kutipan tiket di stadium. Alangkah malangnya, kelab seperti MK Land beraksi, siapa yang hendak pergi menonton? Pekerja MK Land? Pengampu Mustapha Kamal? Berapa kerat sangat? Tentera dan Polis, hanya harapkan penonton dari kalangan mereka? Telekom dan Public Bank pula bagaimana? Inilah signifikannya yang saya katakan tadi, penyertaan kelab-kelab adalah tidak relevan dalam liga Malaysia. Justeru itu saya ingin melontarkan beberapa cadangan, terpulang pada pembaca menilainya, kalau salah silalah tambah dan perbetulkan demi memajukan bolasepak Malaysia.
- Rombak persatuan-persatuan negeri, sebaliknya, tubuhkan kelab-kelab bolasepak berdasarkan perbandaran atau daerah. Tetapi sebaiknya perbandaran kerana kebiasaannya ada stadium sendiri walaupun kecil.
- Hapuskan kelab-kelab kerana ia tidak lagi relevan, tidak ada janaan pendapatan yang tetap dari kutipan tiket.
- Berdasarkan penyertaan kelab-kelab perbandaran, kelab yang menyertai Liga M lebih banyak justeru itu kita bolehla buat divisyen yang lebih banyak sepertimana EPL yang ada Coca Cola Championship dan League One dan seterusnya. Jadi relegation dan promotion lebih meriah.
- Kesemua kelab perbandaran hendaklah membebaskan bolasepak dari pengaruh politik. Maksud saya di sini bukanlah menghalang penglibatan mereka, kalau ikutkankan, presiden Milan Silvio Berlusconi pun Perdana Menteri Italy, tetapi yang saya ingin sampaikan ialah jawatan seperti pengurus besar dan sebagainya. Sepertimana yang berlaku di Selangor, PKR menang pilihanraya, Satim Diman turun dan orag lain naik semata-mata BN kalah, Khalid Ibrahim turut naik sebab ia Menteri Besar baru. Presiden kelab berdasarkan Menteri Besar? Bukankan politik namanya?
- Kalau boleh swastakan pun bagus. Sedangkan kelab-kelab EPL boleh dibeli individu dan grup-grup tertentu,kenapa kita tidak? Manalah tahu, Tony Fernandez nak beli Kuala Lumpur. Apa salahnya kalau ia memajukan?
- Dari segi penyokong pula, diwajibkan memakai jersi pasukan atau baju yang 1 warna dengan pasukan. Bukanlah nak cakap,alah orang kaya bolehla beli baju itu ini, tapi, takkanlah korang tak boleh nak pakai baju yang sama warna, come on. Liga Jepun boleh, kita tidak boleh? jangan kata sebab Jepun kaya ya.
- Kelab negeri pula hendaklah menyediakan sepanduk-sepanduk dan bendera gergasi untuk peminat kibarkan. Ingat Liga Jepun?
- Paling tidak, setiap kelab hendaklah ada lagu sendiri, bukan hanya menyanyikan lagu INILAH BARISAN KITA, tak berapa nak relevanla.
- Media massa pula hendaklah membantu Liga M, lebih banyak promosi dan program-program, Fokus Bola, Wisel Penamat dan sebagainya tak cukup umphh la. Bosan.
- Masukkan dalam Bajet 2011, hire coach yang bagus cam Thailand, setelah Peter Reid, Bryan Robson pula. Salah ke? Cubalah dulu.
Percayalah,Liga Malaysia kita sebenarnya lebih mewah kewangannya berbanding Liga Australia, tetapi kualiti liga bagaimana pula? Itu saja rasanya komentar dari saya kali ini.
Sebagai renungan , kalau korang peminat Johor, anda sokong Johor FC atau Johor? Adakah anda sokong Johor FC sebab kelab tersebut lebih hebat? Jadi siapa yang sokong Johor pulak?
Adios.
18 comments:
bro.. gilalah
kau ada phd in football ke? hehe
johor sangap r.. sapa nak sokong
kehkeh
liga jepun ade miyabi...hahahah
miyabi aizawa..muahaha
cikgu ansai pun ade kan maxx?an an an...
kau x abis2 ansai. bukan best pun
oi korang ni xde komen artikel aku. cite out of topic je
artikel pun pasal bolasepak malaysia.lain la kalau pasal ganguro jepun.boleh gak bagi komen memberangsangkan.
lah. kau bukan org mesia ke. bukan org jepun
aku org malaysia,bukan org mesia.x penah dengar pun mesia tu.
apalah. penat org tu buat artikel panjang2, ko citer pasal ganguro jepun pulak
ermm..kecik2 aku sokong johor..last skali johor mnang piala mesia..1991 kalo tak silap..kalahkan selangor 3 1..aku gi tgk kat stadium merdeka
Setelah mentelaah & meng"digest" tulisan maxx, mmg ada benar nya di situ. Masalah kewangan tak susah di selesaikan. Kutipan tiket satu punca, tp sblm tu bagaimana nk menarik penonton? Jawapan nya pd kelab masing2...cari sponsor dgn lebih agresif. Jgn harap TM je, dulu Dunhill. Org yg wat marketing jgn malas, cari sponsor lain, Power Root ke, Air Asia ke, Maxis ke & berlambak lagi. Bila dh ada duit sponsor, create excitement, buat promotion kt shopping malls, jual jersi, buat smart partnership ngan media, wat berterusan sampai termuntah org tgk & terpakse pegi stadium. Then....kt situ wat duit lg thru tiket sales, tu objektifnya kan? Then, bila duit dh ada baru lah build the team, amik coach bagus, players berdisiplin, draw out a consistent blue print & tektikal kena hebat. Baru la sume org puas hati bila ke stadium! Tak gitu?
Eh, ada lg...make sure players berdisiplin jgn asik pikir main bola nk dpt duit je, play for passion, money no 2. Tgk zaman Mokhtar Dahari, stokin koyak pon pakai gak demi negara/kelab (Tu bapak aku cite la).
Ok tuan2, renung2kan dan slamat beramal! Komen jgn tak komen Brok!! eh silap...BRO!
yes master bruce
setuju...
money no 2.. but no longer exist today..
in fact all footballers like that one
e.g : adebayor.. haha
erm ttg liga m plak, aku masih tertanya... adakah kita setia pada kelab?
cam aku bgtau td, johor fc tgh power, semua sokong johor fc,xde pun yg amik kisah kat johor
sedih kan?
erm.. kesetiaan Liga M memang susah. Diakui team yang kuat mcm Selangor pun kalau tengah bodoh, berapa kerat aje yg datang stadium.
Apatah lagi penyokong Johor, team tengah bodoh, tapi Johor FC main kat Liga Super.
Sah-sah semua sokong Johor FC
btul tu rini..
susah nak setia kat malaysia ni..
kira tahap jatilah kalau sokong johor sebg contohla..johor tu kat liga fam,sedangkan johor fc tu juara 4 piala..
camne ye?
Aku sokong Selangor aka Red Giant...
Ntah la.. Player Selangor yg aku kenal skang cume Amri Yahyah sbb dia kapten & score 2 bijik masa lawan MU aritu...
Shukor Adan dah kuar.. Indra dah tadek.. Bambang ngn Eli dah balik kg..
Mmg tak mengikuti la Liga M ni.. Dulu zaman 90an mmg best.. Selalu gak di stadium.. Skang ni tunggu Selangor masuk final je la..
Aku menjawab soklan ke? Ke lari topik gak? hahaha..
@taufik - ni lagi seko, x ikut perkembangan bolasepak tempatan langsung
tau amri yahyah sbb skor lawan MU? haha
haha..sedih aku tgok. author kat sini pun xlayan liga m camne la ye
Post a Comment