berita terkini...FA sedang berkira-kira untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas Sir Alex Ferguson yang lancang mengutuk pengadil Alan Wiley sebagai 'pancit'.Alan Wiley yang mengadili perlawanan Man Yoo vs Sunderland pada hujung minggu lalu telah dikecam hebat oleh Sir Alex kerana tidak menambah masa kecederaan yang secukupnya dan juga mengambil masa 30 saat untuk melayangkan kad kuning kerana semput dan tak cukup oksigen.Alan Wiley dikatakan amat terguris dan berkecil hati dan juga berura-ura untuk resign dari arena pengadilan bola sepak profesional.Sungguh ironik perkara ini kerana Sir Alex dan Alan Wiley nampak sungguh mesra dan sempat bergurau senda di tepi padang ketika pengadil boroi itu menjadi pegawai keempat perlawanan Man Yoo vs Man Siteh.
Berikutan kelancangan Sir Alex, Premier League telah mendesak FA supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap beliau. Pihak persatuan pengadil-pengadil juga turut mendesak supaya FA mendenda Sir Alex dengan hukuman yang berat seperti yang dikenakan kepada Jose Mourinho iaitu dengan melarang beliau daripada duduk di bangku simpanan dan tidak membenarkan beliau melakukan apa-apa bentuk komunikasi dengan pasukan pada hari perlawanan termasuk dari tempat duduk penonton dan juga di bilik persalinan.hmmm..amek kau!
berita seterusnya...penyerang Manchester City Emmanuel Adebayor telah menyatakan kekesalan beliau kerana menerjah muka penyerang kacak Arsenal Robin van Persie yang menyebabkan beliau telah digantung sebanyak 3 perlawanan oleh FA dan Robin van Persie menjadi kurang kacak buat sementara waktu. Beliau berkata kejadian itu berlaku disebabkan oleh beliau tengah hangin kerana ibu beliau telah digelar oleh penyokong Arsenal sebagai pelacur.sape tak hangin bro!!!oleh kerana beliau tak dapat menerjah muka penyokong-penyokong Arsenal yang celupar dan biadab, dapat terjah muka van Persie pun jadilah.
berita terkini dari Stamford Bridge...penyerang Chelsea Didier Drogba berkata bahawa beliau ingin melihat pemain tengah Inter Milan Patrick Vieira beraksi untuk Chelsea musim ini. Pada Januari depan, Chelsea akan kehilangan 2 tonggak tengah mereka iaitu Michael Essien dan Mikel Obi Wan Kenobi..eh silap..Jon Obi Mikel yang akan mewakili negara masing-masing di Piala Negara-negara Afrika.Jadi Drogba berharap kehadiran Vieira akan dapat mengisi kekosongan di bahagian tengah pasukan Chelsea.hmmm...itu pun kalau rayuan terhadap transfer ban ditarik balik.kalau tak boleh berangan la jebonnn...bagaimanapun, rata-rata penyokong Chelsea di alam maya amat bersetuju dengan cadangan Drogba tersebut. Mereka menyatakan Patrick Vieira amat dialu-alukan untuk datang ke Stamford Bridge dan beraksi dalam pasukan Reserve mereka sahaja.hahaha!aku setuju.Tambah mereka lagi, Beletti pun boleh jadi cover yang lagi bagus daripada Vieira.ah lantakla.
berita seterusnya dicilok dari daily mail UK...pemilik Liverpool, Tom Hicks dan George Gillett akan menyediakan dana sebanyak 12 juta pound sterling kepada pengurus Liverpool Rafael Benitez pada musim perpindahan akan datang. Liverpool yang telah 3 kali tewas dalam liga musim ini kelihatan amat terdesak untuk memperkuatkan pasukan mereka untuk terus mencabar pasukan-pasukan lain. George Gillett kedengarannya seperti menyalahkan Rafa Benitez atas prestasi roller coaster Liverpool. Beliau berkata,''kami dah melabur 128 juta pound sepanjang 18 bulan lepas untuk pasukan ini.patutnya kami makin hebat, tapi nampaknya semakin dok rok je. ini bukan salah Hicks dan Gillett.ini salah pengurus dan scouting network beliau''.huh!!!setakat 12 juta pound nak beli sapo pakcik?taik idung Sheikh Mansour je dah 12 juta, belum dia seluk dalam kocek lagi.
ok tu aje.cheers.
2 comments:
a) aku tak rasa tok alex kena fine, takleh dok kat bench, takleh masuk fitting, atau digantung dari berkomunikasi...man u biasa terlepas benda2 camni...kat FA kn ramai legend man u, bekas pekerja man u dan peminat2 man u...kita tgk je la apa kesudahannya...
b) tambahan 2 game kena gantung dan denda sebab celebrate gaya afrika...
c) aku ingat vierra nak join spurs...suka je aku kalu dia nak join chelsea...tapi, chelsea kena renovate muzium la...satu lagi bahan artifak nak masuk...
d) Hicks tu bodoh ke hapa...? kalu aku jadi rafa, aku mintak resign...tapi mungkin lepas ni dapat fund lebih sebab tokey arab ni macam jadi je join trio liverpool owner...
alex beb
tu pasal dia dpt gelaran sir
Post a Comment