29 October 2009

Laporan dr Serie A


Sementara di England sibuk dgn Carling Cup dan di Spain dgn Copa del Rey, di Italy, Serie A telah berlangsung. Ada beberapa perlawanan yg menarik antaranya pertembungan Juventus dan Sampdoria, Napoli vs AC Milan dan Udinese vs Roma.

Penulis merasa terpanggil utk cover match Napoli vs Milan kerana perlawanan tersebut berlangsung dgn finale yg sgt dramatik.Siapa xtau mengenai Napoli mmglah sgt bengap sebab Napoli ini adalah kelab yg pernah menang Serie A dgn heronya ketika itu, Maradona dan Zola.

Milan telah menurunkan:

Dida,Zambrotta,Abate,Nesta,Thiago Silva,Pirlo,Seedorf,Ambrosini,Ronaldinho,Pato,Inzaghi

Manakala Napoli:

De Sanctis,Campagnaro,Rinaudo,Aronica,Grava,Gargano,Pazienza,Quagriarella,Lavezzi,Hamsik,Maggio

Memula perlawanan, AC Milan seakan2 berpesta dan cuba mencipta rekod menang besar nampak gayanya.

Bygkan, pada min ke 2, AC Milan dah skor. Lorongan cantik trough pass dr Seedorf yg berusia 50thn itu terus dapat ke Inzaghi yg berusia 83 tahun, yg mana menunggu bola bam dulu baru dia volley dgn kaki kiri terus ke dlm jaring.

Tak cukup dgn tu, min ke 5 plak, long ball dr pertahanan Milan, terus ditanduk cantik oleh atuk Inzaghi yg walaupun terbongkok2 terus ke laluan Pato cucunya itu yg terus berlari separuh padang lantas terus buat finishing yg cool. Belum2 dah 2-0. Masak Napoli ni. Bygkan min ke 5 dah 2-0, kalau min 50 dah berapa?

Lepas tu plak, Ronaldinho nak buat2 hero selepas pemergian Kaka, tapi dia membuktikan kenapa Barca buang dia dgn kebangangan taktau samada nak cross ataupun rembat lantas De Sanctis dgn mudah2 je save.

Kemudian baru Napoli hidup. Percubaan dr Hamsik, Rinaudo, Lavezzi, Quagliarella dan Gargano semuanya dapat ditangkis oleh Dida yg kebetulan hebat pulak.

min ke 62, Milan nak berpesta apabila wargatua teras masyarakat yakni Inzaghi skor tp dibatalkan kerana ofsaid mungkin akibat tak larat nak jaga ofsaid.

Sehinggalah min ke 86, Abate kena buang padang sbb kad kuning ke 2. Alah apa ada hal, 2-0 dah min ke 86.

Natijahnya pada min ke 90, Seedorf yang dah nak mampos keletihan akibat osteoporosis menanduk tepat kepada Cigarini yg terus membuat satu volley cantik ke top corner dr jarak 20 ela. Amik kau Dida.

Dan akhirnya, min ke 90+3, satu cross dr Maggio terus ditanduk oleh German Denis yg beat Thiago Silva utk gol penyamaan 2-2. So lepas ni diharap penerbit boleh la buat skrip filemutk game ni spt film Goal pasal Newcastle yg sampah tu. Mana taknya. Milan lead min ke 2 dgn 5, Napoli min 90 dgn 90+3? Classic!

Final Score

Napoli 2 - 2 Milan
(Cigarini,Denis - Inzaghi,Pato)


Lain2 keputusan penting

Juve 5-1 Sampdoria
(Amauri 2,Chiellini,Camoranesi,Trezeguet - Pazzini)

Udinese 2-1 Roma (kesian kau Don Camarro)
(Flores 2 - De Rossi)

Inter tak bermain,game lain cari sendiri.Haha



14 comments:

mAxx said...

@rini - cayok2 cover serie a

juve mengganas tuh..

milan tetap sengal under leonardo tp lawan real leh menang plak

medihebat said...

juve memang lah menang...dia ada pahlawan....AMAURI...

Rini said...

milan milan.. bajet menang.. hihi

meor-name-depan-ku said...

jgn lupe afc champion league!!!
hheheheh

meor-name-depan-ku said...

jgn lupe afc champion league!!!
hheheheh

Instant Classic said...

fuh mmg classic game milan napoli tu... mesti mamat2 kat stadium bajet menang time berpusu2 kuar stadium skali kena bedal 2 gol daa..

haha

Anonymous said...

heh rini lucu..betul ke neutral ni?aku rase secretly rini fan liverpool n milan?anyone? -hilmi-

Don Camarro (Roma Ultra) said...

@rini, thanks a lots.

Adoi.. Roma kalah lagi.. Dah 2 game aku tak buat prebiu atas alasan kesibukan kerja.

Aku baru tiba di Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu tengahari tadi. Sebelum berangkat pagi tadi, rakan-tengok-bola-dan-seagensi ku Mr Lucy Maximus (Penulis Kem Chelsea Sokernet) mendapat berita yang ayahnya telah meninggal dunia. Dia pun bergegas pulang ke Kuala Lumpur juga. Alfatihah. Moga tuhan cucuri rahmat atas roh arwah ayah beliau. Amin.

Don Camarro (Roma Ultra) said...

@rini, thanks a lots.

Adoi.. Roma kalah lagi.. Dah 2 game aku tak buat prebiu atas alasan kesibukan kerja.

Aku baru tiba di Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu tengahari tadi. Sebelum berangkat pagi tadi, rakan-tengok-bola-dan-seagensi ku Mr Lucy Maximus (Penulis Kem Chelsea Sokernet) mendapat berita yang ayahnya telah meninggal dunia. Dia pun bergegas pulang ke Kuala Lumpur juga. Alfatihah. Moga tuhan cucuri rahmat atas roh arwah ayah beliau. Amin.

Taufik Latef said...

@ don - muslim ke ayah Maximus tu?

kalau muslim.. Innalillah.. Al-Fatihah..

medihebat said...

@don-aku jugak tumpang simpati...aku pon selalu ikuti penulisan lucy kat blog jiran...

tapi hujung minggu ni mari lah ke setiawangsa...ikuti perlawanan bola sepak amatur Msia yg bertaraf dunia...

mAxx said...

salam takziah buat beliau juga

Rini said...

@don - sama2 :)

salam takziah juga

Anonymous said...

takziah..