16 September 2009

Saturday Post Match Review - Part Deux

Apasal ntah tetiba aku nak tulis balik benda nih. Setan korg sume pemalas nak sambung. Aku dah sehabis malas nak tulih nih. Takpa...aku tulih gak. Lepas raya aku tuntut OT dari Bob. Tak bagi, aku semelih kancil turbo kau.

Sunderland 4-1 Hull
Game ni aku sangat sedih dan hiba. Pemain yg aku harap2 kan telah kecundang. Hunt, Geovanni dan Altidore telah tidor. Ntah mana diaorg pegi aku pon tak tau. Macam haram aku tgk post match review and hi-lite malam tuh. Kena plak malam sblm tu aku terbaca pre-match review. Sunderland punya 1st team ramai gila injured and doubtful. Lantas, susunan fantasy aku lebihkan pada Hull. Dengan itu jugak aku bulih ada Gerrard dan Lampard di tengah. Sekali sume main macam setan. Gol kiper Gordon dgn sub Fullop injured and doubtful ntuk main. Defender McCartney pon injured. Midfield Cattermole pon doubtful sebab groin prob. Sekali Turner plak main. Bukan ntuk Tigers, tapi ntuk The Black Cats. Baru aku sedar yg aku dah buat silap besar. Mula2 Bent dapat penalti. Mamat ni aku ingat dah tak form kat Spurs dulu, aku dah selamat. Sekali....macam SETAN...!! Masuk separuh masa ke-2 Zayatte berjaya menanduk hantaran lintang depan gol. Cis...bukan player aku. Dengan rasa tere, Andy Reid skor. Aku ingat nak amik mamat nih. Aku suka cara dia control ball tapi aku malas amik pasal preview Sunderland sangat teruk. Bila Bent dapat satu lagi gol aku rasa pasrah. Cuma berharap player fantasy aku bulih skor atau assist. Sekali own gol dari from-hero-to-zero, Zayatte. Aku pasrah. Phil Brown juga pasrah sambil muka bertukar menjadi gengste. Aku rasa lepas game, sume player Hull
went swimming with the fishes.

Spurs 1-3 Man U
Aku dah bajet yg ManU akan menang. Preview dah tunjuk banyak kelebihan ntuk ManU. Key-player Spurs sume injured. King, Modric, Dawson, Woodgate, Bale...injured dan mmg aku kompom tak main. Jenas dgn Gomes pon injured jugak. Tapi kasi gak la main. Dah takda sangat player team nih. Tapi yg aku marah, Pavlychenko apsal dia letak jadi tukang bancuh Gatorade kat tepi padang? Dah tau takda player, yg big signing tak bagi main. Nak aku karate belikat kau ke Redknapp? Nasib la dapat sign Kranjcar. Palacios pon ok gak main malam tuh.
ManU wall of steel, Ferdinand dgn VanDeSar pon injured. Tapi diaorg ramai lagi player. Tambah dgn org tua muka merah tu. Kalau aku rodok perut dia baru ManU nak jatuh kot. Bila start je main, striker England yg pendek yet on-form telah skor. Baru 38 saat masa bermula. Aku tersenyum bangga. Point fantasy aku bertambah bagi team ke-3 aku (aku ada 3 team...1 kat stadium astro...2 lagi aku main fantasy). Pastu ManU dapat free-kick depan pintu gol. "Cilake org tua nih. Bulih dia skor jauh2 camtuh. Kasi la Rooney. Bulih jugak point aku bertambah lagi", gesa aku dalam hati. Apakn daya, transfer dah tutup untuk 5th week. Sebelum masa tamat, The Future of Manchester United, Anderson (ni kawan aku, die-hard ManU yg bagi gelaran), skor. Ni pon bulih tahan gak rembatan dia. Long range, ada iras2 gol mamat Israel Liver. Akhirnya, Rooney menutup tirai skor-sheet dengan gol ke3 ManU pada minit ke78 meskipon main dengan Red-carded Scholes dari minit ke58. Aku suka tgk game ni pasal banyak gila attacks and tries. Walaupon ManU menang tapi game nampak agak seimbang. Harapnya Spurs akan sambung kekalahan pada game selepas nih (lawan sape eh....?). Lepas tu nak menang balik pon takpa, hamba redho.

Takpa la...lagi dua game hari ahad tu aku malas nak review. Aku nak amik sedikit tenaga bagi memulihkan semangat aku mlm nih. Porto tuh...dulu masa ManU lawan dia, Alex cakap Porto ni baik daftar jadi yakuza, mafia, gengste dan bukak kelab boxing je pasal masa tu aku rasa yg main tak target player lawan hanya gol kiper dgn Deco je. Iye la, pengurus pon The One. Jadi, admin dan rakan2 sekalian...redhoilah pemergianku ini. mlm sok aku janji aku bagi report pasal UCL minggu nih.

p.s - bulan puasa aku kurang tidor menjejaki Laila, anak Pak Kader. Lailatulqadar dah tentu aku tak dapat memandangkan perangai maxx pon dah macam SETAN....!!

3 comments:

mAxx said...

haha cam siol
medi jgn refer as bob.. x sume author knal

Taufik Latef said...

MU game vs Spurs paling enjoy aku tgk this season..

Giler la very attacking both team..

mAxx said...

mu nasib baik wo xde modric

mamat tu influential abis