03 September 2009

Jalan² Stamford Bridge Episod 1

Pd satu petang yg suam² kuku, aku berjln sorang² dlm stadium. The Shed yg biasanya kecoh, aku pandang sayup²....

The Shed

" Gol!!!" penonton aku tgok melompat² kat the Shed., jerit² histeria bagai nak gila.
"Cayalah pembelian ko Hoddle! Gullit mmg class ckp lu..." jerit sorang fanatik.

Aku tgok Hoddle tersenyum puas. X sia² dia melabur bagai nak rak beli Ruud Gullit, mamat bintang Belanda berambut mop yg main kat AC Milan. X cukup dgn tu, dia beli plak Sparkie, atau nama sebenanya Mark Hughes, ex Setan Merah. 2 eko ni je dah cukup huru-hara defend² EPL.

Hoddle beli Gullit

"Hoddle..ko mmg bawak Chelsea ke era barula.." aku tegur Hoddle.
"Ehem.. x cukup lagi tu. Satgi aku beli Petrescu...kita main fast flowing football dude.." kata Hoddle dgn riak.
"Bagus tu. Mamat Romania tu mmg kaw² la kalau attack.." aku mengiyakan.

Lepas si Gullit dominate,dlm thn 1996 Hoddle dioffer jd manager England.

"Sorila Maxx... aku terpaksa tinggalkan Chelsea, aku nak manage England plak. Ko jgn takut, Gullit ganti aku.." kata Hoddle beriya².
"Ko jgn risau, aku ni dah cukup matang nak jd manager.." Gullit menyampuk.
"Aku byk contact dude, nanti aku calling²..ko tunggu je.." Gullit bagi janji² bunga.

2 , 3 hari pastu aku tgok paper. Si Gullit da start beli player. Memula dia rembat Gianluca Vialli, si botak Juve. Pastu dibelinya plak Roberto Di Matteo, midfield. X cukup dgn tu,tambah plak defend Frank Leboeuf. Last skali dia beli Gianfranco Zola..superstar Serie A.

Gullit beli Zola.

"Amacam skuad baru? Gempak tak?" Gullit nak belagak plak.
"Leh tahan. Tp yg xtahan ko mmg gila kuasa. Player manager,ko manage ko pun main gak..haha" aku buat² bengkek ngan Gullit.
"Dah kata otai..haha"
"yela²...ko otai" aku sedapkan hati Gullit.

Season tu,Chelsea masuk FA Cup final,kalahkan Boro 2-0. Si Matteo score ngan Eddie Newton. Matteo score baru masuk 43 saat..gol paling pantas dlm sejarah FA Cup kat Stadium Wembley.Berkahirlah penantian 26 tahun tanpa apa² cup.Ko mmg gempak Gullit.

Gullit n FA Cup.

Season baru,aku tgok Gullit makin mengganas. Dia ambik Gustavo Poyet ngan Tore Andre Flo free² jer...mengikut hukum Bosman katanya. Dibelinya plak mamat Nigeria, Babayaro ngan England leftback, Graeme Le Saux dan Goalkeeper tinggi lampai, Ed De Goey.

1998, Gullit tamat kontrak. Lepas negotiate punya negotiate,xde kata penamat. Gullit blah gitu je. Aku lambai² kat dia.. "thank u Gullit for all the memories..."
Tup² Chelsea teruskan tradisi player manager. Kali ni Gianluca Vialli plak.

"Boleh ke mamat ni?" aku wonder dlm ati.

Tp x sampai 3 bulan je dia manage,Chelsea dah mengganas. 1st menang Coca Cola cup ( skang Carling Cup),n team yg sama kena bungkus iaitu Boro. N yg score pun mamat yg sama,iaitu Roberto Di Matteo, n Frank Sinclair.
N yg paling gempak, kat Stockholm,Zola masuk 2nd half sub,score lawan Stuttgart,1-0 utk memenangi Cup Winners Cup ( piala ni da pupus skang).Dasyat jugak si botak ni.

Vialli n Cup Winners Cup

Thn tu gak, France menang World Cup, si Leboeuf ngan Desailly main,mamat AC Milan yg Vialli baru sign.

"Ko mmg gila la Vialli..Desailly pun ko dpt rembat" aku puji botak tu.
"Aku mmg born winner..haha" kata botak tu belagak.

Si botak tu menggila lagi. Kali ni menang European Super Cup plak. Kat Monaco, kalahkan the mighty Real Madrid,yg mana time tu Guus Hiddink bawak Real. Si Poyet score,menang 1-0.
Magician jugak si Vialli ni. Kat EPL pun boleh tahan,dpt no 3. Kalah 3 kali je,no 3 pun 4 mata je belakang Setan Merah. Bahaya Vialli ni..

Wise dgn European Super Cup

Tahun 2000. Chelsea 1st time main kat Champ League. N Chelsea jadi the 1st english club yg masuk quarter final at the 1st attempt. Seri ngan Milan, belasah Galatasaray 5-0 n pukul Barca yg ada Figo,Kluivert,Guardiola n Rivaldo 3-1. Even Chelsea out gak akhirnya, quarterfinal dah cukup otai utk 1st appearance kat Champ League.Berbisa btul si Vialli ni.

Ujung thn tu,Chelsea masuk FA Cup Final lagi.Kali ni lawan Aston Villa.Yg historicnya,game ni adalah game terakhir main kat Wembley sebelum renovation. 1-0 lagi. N sapa lagi kalau x bukan si Roberto Di Matteo.Mamat ni lagi.Dasyat².

Chelsea menang FA Cup

Season baru bukak.Si botak menggila.Abiskan 15million pound beli Jimmy Floyd Hasselbaink( zaman tu 15juta mmg maut). 1st game dah score. Menang Charity Shield (skang Community Shield) kalahkan team Setan Merah.6 cup dalam 3 thn.Maut xmaut la.

Charity Shield 2000

Pastu Botak beli plak Chris Sutton,hero Blackburn masa tu. X menjadi. Dia main cam sial. Mahal je lebih... Board x puas hati,maka babai la si Vialli. Aku sedih tgok dia depart camtu je. "Thank u Vialli. Ko mmg byk jasa". Ken Bates mmg gila kuasa.Santa Claus btul dia tu.

Aku jalan² lagi sekitar Stamford Bridge.Mata aku melilau tgok kanan kiri. Aku tgok kat Matthew Harding End.Boleh tahan penonton.Pastu tgok balik the Shed,tetap ceria.Aku tgok jam dah nak berbuka.Aku cepat² cari port nak berbuka dulu.Nanti aku sambung jalan lg ok.

to be continued....

1 comment:

mAxx said...

sedikit sebyk sejarah chelsea ye..bermula dr thn yg aku sokong

p/s:sapa kata aku sokong sbb chelsea kaya mmg sorang2 aku sepuk pala