Petikan itu adalah seperti berikut:
Institusi agama terbaik Mesir, Dar al-Ifta mengecualikan pasukan bola sepak kebangsaan negara itu daripada berpuasa sepanjang bulan Ramadan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan antarabangsa, kata pegawai institusi tersebut.Fatwa itu dibuat bagi memberi keselesaan kepada pemain menjelang Kejohanan Remaja Dunia di Mesir.Dar al-Ifta yang merupakan institusi keagamaan negara tersebut telah menjelaskan peraturan agama mengenai hukum berpuasa dan isu berhubung fatwa tersebut dengan 'membenarkan pemain-pemain untuk berbuka puasa'.Dar al-Ifta mengesahkan perkara tersebut telah menimbulkan isu dan menjelaskan bahawa, seseorang pemain itu terikat dengan kontrak bersama kelab mereka dan harus memenuhi tugasnya sebagai pemain.Jelas institusi itu lagi, jika kerja itu adalah sumber kepada pendapatan mereka dan harus terlibat dengan perlawanan ketika bulan Ramadan, puasa akan memberi kesan kepada tahap prestasi mereka.Oleh sebab itu, pemain-pemain dibenarkan untuk berbuka puasa, kata jurucakap Dar al-Ifta, Ibrahim Nigm.Pandangan ulama turut menyatakan bahawa setiap pekerja yang melakukan kerja sukar dan boleh menjadi lemah kerana kesan berpuasa, golongan itu dibenarkan untuk berbuka, kata Ibrahim lagi.
Tapi bagi pendapat aku.Mereka ni sepatutnya berpuasa,dalam islam sebab x menghalalkan cara.Sebab mereka bermain dan x melibatkan kehidupan yang penting sehingga membolehkan mereka tidak berpuasa di bulan ramadan.Adakah mereka sanggup menggadaikan ugama mereka semata-mata untuk bermain bola sepak?Renungkan sejenak,di mana relevannya kita sebagai umat islam kalau kita tidak mengamalkan syariat yang di amanahkan kepada kita sebagai hambaNYA..
6 comments:
xyah tgok org egypt la.. player msia pun lom tentu puasa.. haha
aku penah baca satu article pasal emre belozoglu. dia kata dia x posa sebab hari training ngan games.
emre.. lama x dgr citer.. ahaha
aku penah terbaca dan ikuti interview bundesliga kat astro...dia interview altintop...aku tak pasti altintop yg mana satu...kat bundesliga, yg tak puasa Mohd Zidan je...yg lain sume puasa...ada 2-3 org yg puasa tapi time game dia tak...
rasa aku nama mohd zidan tu lg islam dr altintop tp dia lak yg lebih setan
mourinho hangin muntari puasa~
Post a Comment