Kem Chelsea
mAxx : Yakni aku yg tgh mengarang entry kali ni. Kipas sejati yg ditakdirkan dr azali yg mempunyai koleksi jersey baik dr Coors hinggalah ke Samsung. Boleh dikatakan sebati dgn team biru ini lebih awal dr insan yg bernama Ranieri apatah lagi Roman.
medihebat : gah dengan namanya yg hebat itu, mamat ni mmg antara lethal weapon Celsi utk menangkis segala tohmahan team² estet yg lain.
neopujangga : aku dgn tanpa rasa ragu menjemput mamat ni menjadi kubu kuat celsi dgn gaya bahasa yg bersahaja dan gaya penulisan yg boleh mencuit hati bapak mertua. Still menunggu entry beliau.
Kem Arsenal
Encik Bebo : Seiring dgn kehadiran Wenger, mamat ni layak disamakan dgn the Professor. Mmg mempunyai finishing yg dasyat seiring dgn lob² yg sering dilakukan En. Bergkamp, idola beliau.
halim hafiz : Meminati K.Nanthakumar kerana mempunya iras² permainan ex gunners iaitu En.Vieira. Lebih dikenali sbg adik mAxx yakni aku la.
Kem Man Utd
Taufik Latef : Senjata ampuh Manu yg mana beliau boleh dikatakan anak kandung En. Alex. Once rumour mengatakan beliaulah yg mencadangkan pembelian Massimo Taibi dan Fabien Barthez kpd En. Alex. Entry dikatakan akan menyusul.
Kem Liverpool
Masih bersembunyi sehingga kini kerana bangga tewas kpd team yg ala² aiskrim vanilla iaitu Aston Villa. Mana korang wei?
Kem PLKN
hilmi zulkifli : Penyokong Leeds yg sehingga kini asyik minum Coca Cola. Entry beliau juga masih senja² gitu.
Penyertaan club² lain masih dicari.
Akhir kata, author² diharapkan dpt mengamalkan sikap yg terbuka walaupun biased nak mampos. Nak emo sila ke blog jiwang ya,terima kasih. Bakar membakar aku xgalakkan tp dibenarkan tp jgnla sampai berbunuh²an.Haha
Cheers.
2 comments:
Ahmad Hilmi bin Zulkifli,kami mau baca artikel pasal Leeds United sebab kami minat Harry Kewell, Mark Viduka,Paul Robinson, Stephen McPhail, Gary Kelly, Erik Bakke dan Jason Wilcox.dan jugak Ian Harte. tak lupa juga David O'leary...;p
ahaha.. sedap sgt coca cola tu agaknya..
Post a Comment