01 October 2009

3-5th Oct Preview

Maaf Maxx kerna daging raya masih menari-nari dalam usus. Setelah suffer dimamah sembelit, aku kini semakin sihat dan bertenaga. Cuma agak kalut dengan persiapan hari bahgia. Kali ni mmg aku nak tulih secara kasar pasal preview dan menulis secara detail tentang preview match Che - Liv hujung minggu ni. Mari kita mulakan:

Wolve v Portsmouth
Bagi aku, Portsmouth tidak menjadi sejak awal musim. Pe ke jadah tak penah menang dah 7 game? Ingat nak rebut sapa palin bawah ke? Wolve pula mula mencari form para pemain yg penah juga dulu memasuki BPL suatu musim dahulu. Kasihan juga pada Kaboul yg sangat bersungguh-sungguh di dalam setiap perlawanan. Mereka sangat2 lemah di bahagian serangan. Aku rasa pon kali ni kalah lagi wlpn lawan Wolve yg baru saja promoted. Aku pasti tukar striker aku, Altidor, kepada Keogh. Pasti...!! My prediction: 3-1, Wolve will eat Pompey to the bone...!!

Burnley v Birmingham
Aku rasa player yg paling berpengaruh dalam Burnley adalah gol kiper utamanya, Brian Jensen. Mamat nih mmg kental dalam perlawanan2 sebelum nih. Badan dah lebih kurang sasa dgn Abang Sawie. Ada jugak iras2 gol kiper lagenda, Jose Luis Chilavert. Walau dah tua, khidmat Robbie Blake masih ditagih pasukan yg baru je melangkah kaki ke BPL nih. Dengan ketiadaan Mcfadden, Marcus Bent dan Jerome, dianggarkan barisan serangan akan sedikit hambar. Ditambah plak dengan prestasi tak menentu Kevin Phillips. Tapi kalau mamat ni tgh on-form, mmg Burnley bulih kena belasah. Nasib ada penyelamat, Joe Hart, gol kiper muda terbaik BPL
(aku bagi sendiri...sapa tak setuju takpa...ni sekadar pendapat). Aku rasa perlawanan ni akan berakhir dengan kemenangan tipis Birmingham. Mungkin 1-0 atau 2-1.

Hull v Wigan
Ah..ni aku tak tau nak cakap apa. Ni adalah 2 pasukan di pertengahan liga yg aku sangat suka. Wlpn prestasi Hull agak terumbang-ambing, tapi aku masih percaya yg diaorg bulih baiki. Wigan plak baru je kalahkan Che. 3-1 plak tuh. Aku rasa Hull antara team pertengahan yg agak balance. Ada player yg berpengaruh pada setiap posisi. GK-Myhill, Def-Zayatte, Mid-Hunt & Geovanni, dan Fwd-Ghilas. Tapi bagi aku, Wigan lebih konsisten. Dengan prestasi Rodallega yg kian meletop, Scotland yg mula bagi sinar, N'zogbia yg agak rajin skang nih, aku rasa Wigan lebih cerah peluang untuk menang wlpn aku tak suka Bramble dan Kirkland. Camna pon aku tetap berpendapat Wigan menang 2-0.

Man U v Sunderland
Wlpn gol kiper terbaik eropah musim lalu tengah injured, dan digantikan pulak dgn si tangan gigil, aku tetap berpendapat Sunderland akan susah untuk seri di gelanggang lawan. Dengan barisan serangan yg tajam dan prestasi Ryan "The Sea Biscuits" Giggs yg semakin menyerlah, aku tak rasa Sunderland punya sekelumit peluang untuk seri. Nak skor mungkin la lepas Evra dan Vidic pi lepak minum Gatorade tepi padang lantas meninggalkan Foster di ambang maut. Tu pon kalau Ferdinand saje nak kasi consolation goal. Tapi jgn diperkecilkan keupayaan Darrent Bent dan Jones. Dua negro ni mmg kental fizikal dan mental. Keputusan tetap berpihak pada Man U, 4-1. Besarkan target gol aku....?

Arsenal v Blackburn
Credit to Vito Mannone. Baru skali main dah tunjuk power. Bagi aku dia ni lagi power dari Rosnah Mat Aris
(tgk dari game lepas la). Peningkatan prestasi Vermaelen, Gallas, Fabregas, Arshavin, Diaby, Persie...bisa membuat Blackburn menjadi hitam dan terbakar. Tapi yg aku sangat suka adalah pabila Rosicky semakin pulih dan bersemangat sambil dengan senang lenang menjaringkan gol dalam 2 perlawanan. Sangat sukar untuk Blackburn membakar Arsenal menjadi hitam. Aku malas nak ulas pasal pemain Blackburn. Macam sial dia punya prestasi. Keputusan: Arsenal membakar dan menghitamkan pasukan lawan 5-0.

West Ham v Fulham
Ni dua team premier yg tgh goyah. Skang tgh berada pada tangga ke 16 & 17 liga. Aku rasa GK Green, Mid Noble and Fwd Cole akan memberi saingat hangat bagi pasukan pelawat. Sayang, Upson tgh injured. Dengan adanya GK Schwarzer, dan Def Konchesky dan Hangeland...Fulham mungkin dapat bertahan untuk beberapa lama. Tapi ketumpulan bahagian serangan membuatkan pasukan ni agak sayur-sayuran. Bila la Andy Johnson nak meletop nih...? Aku rasa West Ham menang 2-0 dengan berkat semangat Zola.

Everton v Stoke
Dengan meningkatnya prestasi Saha, aku rasa Everton berpeluang untuk mencipta gol dan berkemungkinan menang di gelanggang sendiri. Wlpn begitu, aku masih menagih peningkatan prestasi Cahill, Fellainni dan Osman. Aku percaya, Fan Everton juga pasti menanti saat untuk menyarung kembali
THE BIG BLUE AFRO. Tapi jgn dilupa. Pertahanan Stoke juga agak kental. Showcross dan Faye tgh on-form. Sorensen pulak jaga tiang. Mid agak hambar tapi Fwd ada Kitson iaitu striker murah dalam team fantasy aku. Aku rasa Everton berjaya menggembirakan penonton tempatan dengan jaringan 2-1.

Aston Villa v Man City
Fuh...payah nih. Agbonlahor tgh on-form. Milner & Ashley Young dah mula sasau sampai org lain nak kejar pon tak dapat. Friedel plak antara goalie tua yg sangat digeruni. Setakat ni hanya 5 gol dilepaskan. Kuat kederat org tua nih. Dunne pulak dah mula tunjuk taring di bahagian pertahanan wlpn baru je berpindah dari Man City. Tapi aku tak rasa dia akan slide kalu skor masa game nanti. Ade dah bulih main lom...? Blom...? Pedulik hapa...Bellamy dgn Tevez ada. Santa Cruz dah mula main sepak bola tepi padang. Aku takut dia meletop je. Berbelah bagi pulak aku nak amik dia dalam fantasy aku. Given pon apa kurangnya. Maka, dengan perasaan berbelah bagi, aku rasa City akan menang dengan jaringan 3-1.

Chelsea v Liverpool
Che-tanpa Cech, mungkin gawang akan dibolosi. Cole dan Bosingwa mungkin bisa bantu barisan serangan. Lampard n Ballack diharapkan akan menunjukkan prestasi cemerlang wlpn baru je kalah dgn Wigan. Tapi mungkin OK sket bila dah menang lawan Apoel smlm. Essien diharapkan dapat membantu merampok bola dari pihak yg bertandang. Drog & Anel pulak agak berbisa juga wlpn mungkin bulih masuk muzium dalam 2-3 tahun lagi.

Liv-baru lepas 10 gol dalam 7 games. Agak kental juga dengan kehadiran Carragher yg semakin ganas. Skirtl pulak buat muka AKIN HEAD ARMY. Pasti digeruni lawan. Johnson pulak bleh tlg skor gol. Aku rasa dia pasti buat beberapa try bila dia overlap. Benayoun n Kuyt plak skang dah pandai nak skor lebih. Dulu amik sorang satu. Skang dah pandai nak dua-tiga. Gerrard dan Torres plak dikatakan pair Mid-Fwd paling mantap skang nih. Wlpn kalah pada Fiorentina kelmarin, aku rasa semangat juang The Reds takkan goyah.

Aku rasa Liverpool mungkin akan kalah skali lagi. Aku tak rasa Ancelotti akan biarkan anak2 buahnya buat kesalahan yg sama masa lawan Wigan. Wlpn perlawanan dgn Apoel agak hambar, tapi sekurang-kurangnya dapat memulihkan moral pemain yg baru dimalukan di JJB last week. Keputusan perlawanan aku anggarkan akan berpihak pada Chelsea dengan anggaran 2 gol berbalas 1.

Segala keputusan perlawanan di atas hanyalah anggaran kasar dari aku. Sesapa tak setuju, sila tulih entry sendiri.


19 comments:

mAxx said...

cech main lawan apoel...
sah2 main lawan liverpool
even dia dah lemau xla selemau hilario..hehe
semoga Bilal dpt menangkis serangan arak..yeah

Taufik Latef said...

aku suke Vito Mannone... nape dia kt Arsenal? hampeh..

bg aku Vito better than Foster........

medihebat said...

@maxx - jgn samakan Apoel dgn Liv...Apoel kat UCL, Liv kat BPL...

@taufik - mannone mata juling air...

mAxx said...

apa yg aku samakan ?

mAxx said...

eh ballack injured la

Encik Bebo said...

maxx..ko menyamakan BPL ngan UCL.2 different competitions.kalau kena kad merah kat BPL,kena suspend utk 3 perlawanan BPL or FA cup or Carling cup.tapi boleh main game UCL.mungkin itu maksud medi...

mAxx said...

oh ye tak ye.. aku lupa dia kena kad merah lawan wigan.. haha.. okay2

Shank said...

hahahahaha ..

last season ..
we beat chelshit home and away ahh ..
same player same jersey
cuma chelshit guna italy formula kali ini..

man of the match in kaming sunday - Gerrard and Torres

hilmi zulkifli said...

seri sudah

Encik Bebo said...

uih!sekali 2 two players dapat man of the match..or should it be men of the match?gile ah tingtong!!

mAxx said...

ah jgn yakin sgt
last season xstabil
abg bilal bawak berkat kali ni
haha

Encik Bebo said...

sungguh berkat sentuhan abg bilal malam tadi

medihebat said...

aku dah terpikir nak resign sokkernet ari tuh...nk pi apply kat supersport...tapi setelah prediction aku ke laut...terus aku jadikan sokkernet sebagai batu loncatan untuk aku pegi ESPN plak lepas nih...

medihebat said...

memandangkan shankly dah buat kenyataan sebelum result sebenar diketahui...maka, aku hanya akan buat kenyataan lepas game...sebelum game hanya prediction akau sahaja....

shankly...now, chelshit is really shit...rite...? gave liverpoo with couple of poo-poo goals...

p.s ~ babi...prediction aku mmg ke laut...

D.A said...

Whoaaa....ni kan prediction je...kalau tak, idok le nama dia prediction...lain la klu korg ader premonition...haaa..tu lagi best...awal2 leh sokong team yg menang..
Anyway nice try la...

Encik Bebo said...

ate kome kolo toha

apehal aku??

mAxx said...

tu r shankly. terus tunduk ke bumi.hehe

Taufik Latef said...

shanky tu sape? shebby singh?

medihebat said...

shanky tu cikgu sejarah...kalau taufik mau belajar sejarah...shanky la org yg paling layak ajar...